Tuesday, 9 August 2016

Gelombang 1 PPPM 2013-2025 capai sasaran - Mahdzir

PUTRAJAYA: Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 berjaya mencapai sasaran dan matlamatnya, ujar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ia menyaksikan peningkatan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dengan pencapaian 99 peratus literasi Bahasa Melayu dan numerasi apabila murid tamat Tahun Tiga.

"Melalui pelbagai inisiatif yang menjadi fokus pada Gelombang 1 seperti Program Transformasi Daerah, LINUS, peningkatan kemahiran guru dan pemimpin melalui Piagam Guru dan Piagam Pemimpin serta inisiatif lain yang menjadi prioriti, maka suka saya mengumumkan bahawa untuk ketiga-tiga keberhasilan ini, kita telah berjaya mencapai sasaran," katanya semasa berucap melancarkan Laporan Tahunan Ketiga PPPM 2013-2025 di Putrajaya.

Pada masa sama, enrolmen pra-sekolah dan sekolah rendah meningkat iaitu masing-masing mencatatkan 84.6 peratus dan 98 peratus pada 2015 berbanding 2013.

Manakala, 25 peratus jurang pencapaian bandar dan luar bandar berjaya dikurangkan dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

"Saya bersyukur kerana kita telah pun melepasi Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 untuk mencapai lima aspirasi sistem, dan enam aspirasi muridmenerusi sebelas Anjakan dalam pelan tersebut," katanya lagi.

Justeru katanya, selari dengan aspirasi pelan berkenaan demi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses terhadap pendidikan, KPM telah menjalankan program yang komprehensif untuk meningkatkan kemasukan murid prasekolah hingga ke peringkat menengah atas.

Bagi Laporan bagi tahun 2015, ia disifatkan selari dengan matlamat meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Antaranya, laporan itu menyebut enrolmen menengah rendah dalam pendidikan vokasional meningkat daripada 4.6 peratus pada 2013 kepada 5.3 peratus pada 2015.

Selain itu, Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) juga diperkenalkan tahun lalu dengan melibatkan 4,260 murid setakat 2016.
268, 589 guru turut dilatih mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam usaha meningkatkan kualiti golongan pendidik.

Pada masa sama, sekolah yang mempunyai Band 6 dan 7 berjaya dikurangkan daripada 139 buah pada 2014 kepada 95 buah pada 2015.

1,641 buah sekolah juga melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers