Sunday, 14 August 2016

'Cikgu cucuk kemaluan saya sebab...'

Sekadar foto hiasan
TAWAU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai menjadi mangsa deraan seksual seorang guru perempuan di sebuah tadika, lapor New Sabah Times, semalam.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa ketika mengambil anaknya pulang dari tadika berkenaan pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.

Mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan dan apabila diperiksa, ibunya mendapati terdapat tompokan darah pada seluar dalam anaknya.

“Anak saya kata cikgu telah menyucuk kemaluannya dengan jari telunjuk kerana dia terkencing dalam seluar. Saya terkejut dan terus bawa anak buat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada Selasa, jam 11 pagi selepas dinasihatkan oleh pihak hospital.

“Sekarang serahkan perkara ini kepada polis untuk ambil tindakan lanjut. Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada orang lain.

“Bukan sahaja anak malah saya sendiri trauma bila mengenangkan kesakitan yang ditanggung oleh anak kedua ini. Saya terkilan sebab anak asyik mengulangi dia minta tolong dengan saya tetapi saya tidak datang menolongnya. Hati siapa yang tidak sayu bila anak sendiri berkata begitu,” katanya.

Difahamkan, mangsa dihantar ke tadika berkenaan sejak bulan Mac lalu bersama seorang lagi adik lelakinya yang berusia dua tahun.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus mengesahkan telah menerima laporan dan susulan itu, seorang suspek telahpun ditahan.

Sumber– MYNEWSHUB.CC
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers