Wednesday, 10 August 2016

11 Nasihat/Tips Untuk Guru-Guru Baru 'Posting'

Memulakan khidmat sebagai seorang guru baru memanglah banyak keterujaan yang akan kita alami. Semua perkara/ teori yang dipelajari masa belajar dahulu, semuanya tak sabar nak dipraktikkan.

Walaubagaimanapun jika tidak berhati-hati dalam aturan langkah, maka silap haribulan kita hanya membina langkah menuju ke arah kehancuran masa depan dalam bidang pendidikan.

Bagi guru yang baru posting, sudah tentu banyak cabaran dan dugaan yang menanti anda. Maka saya kongsikan sedikit nasihat kepada adik-adik yang baru nak posting, supaya memulakan dan mengakhirkan langkah perguruan anda dengan baik sekali! InshaAllah..


Nasihat Berguna Untuk Cikgu Baru Posting

1. Bertanya Dengan Senior

Ini adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh guru baru, tetapi selalunya tidak diambil berat oleh kebanyakan mereka atas alasan ada cara masing-masing yang tersendiri. Oleh sebab kita di tempat baru, maka lebih baik kita bertanya kan juga kepada guru-guru senior mengenai beberapa perkara di sekolah baru. Supaya tak lah nanti banyak perkara yang kita terlepas.

Saya rasa, tak lah kejam sangat cikgu-cikgu senior nih untuk membantu dan membimbing adik-adik yang baru nak bertapak nih. Kalau kurang bertanya, silap haribulan banyak benda yang kita kena buat berulang kali. So tanya! Anggap juga ini sebagai satu cara komunikasi bagi memulakan perjalanan hidup anda sebagai cikgu baru di tempat baru.


2. Jangan Banyak Komplen

Ini perkara yang patut dielakkan. Selalunya cikgu baru akan lebih cenderung untuk komplen itu dan ini. Serba serbi semua tak kena. Maklumlah, dia kan profesional! Owh, lupa.. Dia sorang saja profesional kat situ kan?

.. Hu3.. Hentikan perbuatan diva anda tu! Sebagai guru baru, lebih baik jika anda jangan banyak komplen sekalipun mungkin tindakan / cara kerja di sekolah baru adalah berbeza dengan impian dan harapan anda. Perhatikan dulu budaya kerja di tempat baru, kemudian baru lah mulakan tindakan. Jika tidak seperti yang anda harapkan, maka mulakan misi mengubah cara kerja, bermula daripada diri anda sendiri!

Kebiasaannya, secara realiti, guru yang paling banyak komplen di sekolah adalah guru yang paling banyak tak buat kerja di sekolah! Ye dak? . ;)

3. Minta Subjek Major?

Oleh sebab masih teruja dengan fantasi zaman belajar di universiti yang penuh dengan teori, maka kebanyakkan guru baru posting nih akan menyuarakan hasrat (kadang-kadang berlebihan) kepada pentadbir untuk mengajar subjek major.

Tidak dinafikan memang patut ler, apa ertinya dah belajar 4/5 tahun, kalau tak mengajar subjek major kan? Yup.. itu lah harapan dan impiannya. Tapi realitinya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memberi aturan untuk guru-guru mengajar subjek apa di sekolah. Senioriti, kekosongan subjek, bilangan kelas yang terhad, masa posting serta beberapa faktor lain menyumbang kepada 'mengapa pentadbir memberi subjek yang tidak sama dengan subjek major anda'.

Jika usaha anda gagal untuk mendapatkan subjek major, maka terima dan berusaha dengan subjek baru. Tak perlu nak bising-bising. Cuba lagi pada masa akan datang. Lebih baik redha, serta berusaha daripada kemungkinan anda telah memberi salah tanggap awal yang buruk kepada barisan pentadbir..


4. Jangan Memandai-Mandai

Ada juga dalam kalangan guru baru yang terlebih 'pandai'. Semua benda nak diatur mengikut aturan dia sendiri, sedangkan anda harus sedar bahawa di sekolah baru, sudah tentu budaya kerja tak sama seperti di sekolah ketika anda praktikum.

Setiap sekolah mempunyai sistem kerja masing-masing. Ada sekolah yang langsung tak sibuk, yang agak sibuk, yang memang sibuk, dan sekolah yang buat-buat sibuk!

Jadi, lebih baik sekiranya pada peringkat awal ini anda menjadi follower dahulu, daripada cuba menjadi leader. Tak perlu untuk bercita-cita tinggi sangat pada peringkat awal ini. Perhatikan dulu, barulah buat perancangan. Takut anda tersilap langkah, maka tak ke mana lah anda sampai ke sudah.


5. Elakkan Kebergantungan Yang Tinggi

Untuk cikgu baru, kadang-kadang akan wujud juga kebergantungan kepada guru-guru senior. Boleh, tak jadi masalah. Tetapi, tak perlulah tahap kebergantungan yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pula cikgu-cikgu senior. Semua perkara nak diharapkan daripada cikgu senior!

Tak patut, sebab anda juga sudah mendapat latihan perguruan semasa anda di IPG atau universiti. Jadi, cuba lah berdikari dengan menggunakan ilmu-ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa anda belajar dahulu. InshaAllah, anda akan berjaya.

Saya sendiri sangat yakin dengan latihan dan pengalaman yang diberikan oleh pihak IPG dan universiti semasa anda belajar dahulu. Teruskan usaha anda, dan bina jatidiri anda sebagai guru yang berwibawa!


6. Redha Dengan Ketentuan

Selalunya ada yang terlalu excited dengan sekolah baru. Terutamanya yang dipostingkan ke kawasan pedalaman, ke Sabah dan ke Sarawak. Banyak pengalaman baru yang diperolehi dan nak diceritakan. 3 hari 3 malam tak habis nak diceritakan.

Tetapi ada juga yang tak dapat nak terima kenyataan. Memang, sekolah anda jauh.. kat ulu.. kat pedalaman.. Orang lain tak akan faham.. Yer, memang betul.. tetapi jangan lupa ada juga dalam kalangan rakan-rakan guru kita yang mengajar di sekolah yang jauh lebih susah, jauh lebih daif, jauh lebih ulu, jauh lebih pedalaman..

Cuba redha dan bersyukur lah dengan ketentuan kita. Kurangkan mengeluh, sebaliknya cuba buktikan kepada diri dan masyarakat bahawa kita sememangnya layak untuk digelar cikgu!


7. Hangat-Hangat Tahi Ayam

Ini juga sindrom yang patut dielakkan. Oleh sebab baru nak memulakan kerjaya, maka banyak lah perkara yang ada dalam fikiran untuk nak dilaksanakan. Semua nak dibuat. Itu lah.. Ini lah.. Tapi akhirnya? Kecundang!

Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sebab kurangnya semangat dan mudah rasa cepat putus asa. Perlu anda ingat, untuk memulakan sesuatu adalah sangat mudah! Tetapi untuk mengakhiri sesuatu dengan baik, adalah sangat susah.

Perlu ada istiqamah dan juga semangat diri yang kental, serta prinsip hidup yang betul dalam membentuk perlakuan kita. Jika anda bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu yang hebat di sekolah baru, bermula lah dengan idea yang kecil dan mampu untuk dilaksanakan terlebih dahulu. Kemudian, bila usaha menjadi, barulah kembangkan idea anda tersebut, sedikit demi sedikit, menjadi lebih besar dan paling penting, cuba kekalkannya.


8. Post di Facebook

Pada zaman ICT nih, dengan hampir setiap orang memiliki akaun di laman sosial, maka silalah gunakan internet dengan bijak sekali! Kerana, dalam banyak kes, ramai yang tersalah langkah dalam menggunakan kemudahan tersebut, terutamanya luahan-luahan hati yang tidak perlu di Facebook dan Twitter.

Agak bodoh jika dikatakan seseorang itu tidak tahu bahawa kandungan laman sosial tersebut boleh dibaca oleh hampir semua orang, termasuk yang tidak 'Friend'.

Maka jagalah pertuturan anda, update status anda dan komen-komen anda terhadap cikgu senior dan sekolah baru anda, kerana anda tak tahu pun siapa yang telah curi-curi melihat Facebook anda. Mungkin Guru Besar / Pengetua anda??


9. Hubungan Dengan Guru Senior

Ringankan mulut untuk bertegur sapa dengan guru senior sebagai tanda menghormati kewujudan mereka di sana, serta 'menyedarkan' mereka kepada diri kita sebagai guru baru di sekolah tersebut. Sekalipun tidak bersambut daripada guru senior tetapi teruskan juga usaha anda untuk menambat hati guru-guru senior.

Tak rugi pun, modalnya hanya air liur dan sedikit senyuman manis. InshaAllah, dengan usaha berterusan, guru yang paling sombong di sekolah pun akan tertawan dengan senyuman manis anda tuh.. Ingat, untuk menjadi guru yang baik di sekolah baru, sudah tentu khidmat dan pengalaman guru-guru senior amatlah sangat diperlukan.


10. Jangan Tolak Kerja

Ini juga perkara yang patut dielakkan. Sebagai guru baru yang ingin memulakan kerjaya guru dengan baik, maka perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi. Pihak pentadbir tidaklah terlalu ghairah sangat nak mengerah dan memerah tenaga muda anda.

Beban tugas yang diberi adalah dikira berpadanan dengan tugas anda yang lain. Kalau berlebihan pun, mungkin disebabkan kekurangan kakitangan dan juga faktor lain. Tak perlu lah anggap ini adalah bagi tujuan meng'kuli'kan anda.

Tetapi sila ambil perkara ini dengan positif sekali. Anggaplah ini peluang untuk anda menimba ilmu sebanyak mungkin. Hentikan budaya bising-komplen-bising dan tukar kepada diam-laksana-diam.

Guru lama tak ada kerja, tapi guru baru tanggugjawab keliling pinggang!!?.

Tak mengapa, biarkan saja mereka. Anda baru di sana, mungkin cikgu tuh dah 10 tahun pegang jawatan tersebut sebelum daripada anda lagi. Biarkan dia berehat pula. Kini masa anda pula, dan silalah lakukannya sebaik mungkin dengan terus bersangka baik. Tak rugi anda dapat pengalaman lebih!


11. Salah Masuk Geng

Tak dinafikan di sekolah juga wujud suasana persekitaran politik dan geng-geng yang tertentu. Geng cikgu bengkel, Geng kaki mengumpat, Geng kaki merokok, Geng tak masuk kelas, Geng lepak kantin dan bermacam-macam jenis geng lagi yang ada di sekolah.

Libatkan lah diri anda dengan geng yang betul, supaya ia nya dapat membimbing anda ke arah menjadi pendidik yang baik. Semoga juga, mereka-mereka tadi dapat memotivasikan anda untuk melakukan yang terbaik dalam dunia pendidikan.

Harus sentiasa ingat, akan kewajipan utama anda ke sekolah adalah untuk masuk kelas dan mengajar! Jika kita ke sekolah, tapi tak masuk kelas, tak mengajar, maka bolehkah kita katakan kita memperolehi sumber pendapatan dan gaji kita daripada sumber yang halal?. Wallahualam!

Sumber: Cikgu Hailmi
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers