Kuala Lumpur 14 Julai: Kebanyakan negara maju seperti Singapura dan Jepun meletakkan skim gaji dalam sektor perguruan lebih tinggi melebihi profesion lain termasuk doktor dan peguam.
"Utamakanlah gaji dan tingkatkan kebajikan guru-guru kerana bidang pendidikan merupakan pelaburan masa depan negara.
"Justeru, saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam supaya skim gaji guru lebih tinggi, janganlah tinggal sebagai saranan sahaja, " lapor Utusan Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid supaya skim gaji guru lebih tinggi berbanding penjawat awam yang lain bagi mengiktiraf peranan golongan tersebut mendidik generasi pembina negara bangsa.
Hashim berkata, peningkatan dan anjakan dalam skim gaji serta lain-lain insentif tidak boleh berlaku hanya apabila terdapat desakan daripada kesatuan termasuk NUTP.
"Ini adalah kerana, guru-guru di negara ini adalah pemangkin pendidikan negara dan dalan masa yang sama turut memperjuang bermatian-matian nasib guru itu sendiri.
"Jadi saranan Timbalan Perdana Menteri itu wajar diberi perhatian yang serius walaupun NUTP turut memahami terdapat beberapa kekangan termasuk faktor ekonomi dan kewangan negara bagi mewujudkan skim gaji yang sepadan dengan tugas perguruan yang semakin mencabar dan berat," katanya yang mewakili 250, 000 ahli NUTP.