Tuesday, 26 July 2016

Portal popular kecam guru sebagai paling gangster belasah pelajar


Setelah beberapa ketika isu pelajar ditampar guru ini viral, hanya insan bergelar guru faham bagaimana keadaan sebenar yang berlaku.

Walaupun begitu banyak sokongan moral yang diterima oleh ustazah yang didakwa menampar pelajarnya hingga cedera itu, masih terdapat segelintir insan yang tetap menyalahkan guru dalam isu ini.

Terbaru, sebuah portal popular memuatnaik satu artikel yang bertajuk 'Sekolah Bukan Mahkamah: Guru Bukan Hakim' yang menzahirkan ketidakpuasan hati penulisnya terhadap guru.

Bagi beliau, guru-guru zaman sekarang seperti berlagak gangster membelasah pelajar ikut suka hati. Penulis tersebut juga mendakwa beban tugas guru yang banyak menyebabkan guru hilang pertimbangan dan melepaskan kepada pelajar tanpa belas kasihan.
Untuk kefahaman lanjut, kami sertakan cetakan skrin penulisan tersebut.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers