Tuesday, 26 July 2016

Penjawat Awam Mungkin Kena Bayar Tabung Persaraan Sendiri


Penjawat awam mungkin perlu menyumbang untuk persaraan sendiri di masa hadapan, menurut ketua agensi yang telah mengambil alih operasi pencen kerajaan baru-baru ini.

Dalam satu temubual dengan The Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata ia mungkin menyamai cara pekerja swasta menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya:

Apa yang anda perlu tahu kerajaan mungkin memutuskan yang skim sedia ada sukar untuk dikekalkan, dan kita mungkin bertukar kepada skim jenis KWSP.

Skim pencen semasa untuk penjawat awam dipanggil “manfaat pasti” di mana hanya kerajaan dan majikan lain penjawat awam yang membuat sumbangan, seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan skim ini, pesara diberi jaminan untuk mendapat separuh dari gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun. Pasangan pula akan mendapat jumlah yang sama setelah pesara tersebut meninggal dunia.

Wan Kamaruzaman berkata, skim yang serupa dengan KWSP itu dipanggil “sumbangan pasti” mungkin membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan bagi liabiliti pencen yang sentiasa bertambah. Skim semasa menyebabkan kerajaan diletakkan dengan liabiliti berjumlah sehingga RM 300 bilion.

Katakan pada masa hadapan, lima tahun lagi, penjawat awam lantikan baru akan diletakkan dalam skim “sumbangan pasti”, jadi KWAP akan mengendalikan kedua-dua skim “manfaat pasti” dan “sumbangan pasti”, itu cara yang saya lihat. Kerana apa yang ada terlalu bagus untuk dikekalkan.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa skim sedia ada sukar dikekalkan untuk jangka panjang, dengan itu memberi isyarat satu skim alternatif mungkin sedang dirancang.

Dengan kekuatan perkhidmatan awam sehingga 1.6 juta penjawat, bertukar kepada skim “sumbangan pasti” memerlukan azam politik yang tinggi.

KWAP mengendalikan keseluruhan operasi pencen kerajaan dan majikan lain penjawat awam, setelah menyerap keseluruhan jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kesemua 250 orang pekerja jabatan itu kini ditempatkan di pejabat KWAP di Cyberjaya.

Sejak November 2015, syarikat itu juga mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara dari kerajaan. Ini setelah pengubahsuaian dibuat kepada Akta Dana Persaraan 2007 awal tahun lepas.

Bagaimanapun, dana untuk pembayaran itu masih datang dari kerajaan, manakala KWAP dibayar yuran pentadbiran.

Sumber: The Sun / Amazing Nara
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers