Tuesday, 12 July 2016

Pemilihan Master Trainer dan Observer Program Usahasama KPM dan Cambridge Bahasa Inggeris Dibuka


PEMAKLUMAN PEMILIHAN MASTER TRAINER DAN OBSERVER UNTUK PELAKSANAAN PROGRAM USAHA SAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN CAMBRIDGE ENGLISH (CE) BAGI MENINGKATKAN PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses pemilihan Master Trainer dan Observer yang akan terlibat dengan pelaksanaan Program Usaha Sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dan Cambridge English (CE) yang akan bermula pada bulan Ogos sehingga November 2016.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa permohonan daripada semua guru, pensyarah dan pegawai bahasa Inggeris dari Bahagian/ Jabatan/ Institut/ Kolej/ sekolah di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan yang berminat dan menepati kriteria pemilihan sebagai Master Trainer dan Observer. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan selewat-sewatnya pada atau sebelum 15 Julai 2016 (Jumaat). Borang permohonan dan maklumat penghantaran permohonan adalah seperti pada lampiran berikut:
  • Lampiran A: Kriteria Pemilihan Master Trainer dan Observer
  • Lampiran B: Borang Permohonan Master Trainer dan Observer
  • Lampiran C: Maklumat Penghantaran Borang Permohonan
Untuk makluman, permohonan sebagai Master Trainer dan Observer ini boleh diakses dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/ bermula pada 4 Julai 2016.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, mohon hubungi Cik Teresa Rose Anak Gilbert Nyaod di talian 03-88841250/ 019-8392107 atau e-mel: rose.gilbert@moe.gov.my, Sektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru.

Muat Turun:

KRITERIA PEMILIHAN
BORANG PERMOHONAN
MAKLUMAT PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
SURAT PEMAKLUMAN
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers