Tuesday, 5 July 2016

Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru & Pensyarah Cemerlang 2016 Dibuka


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred DG44 ke Gred Khas C bagi Guru Cemerlang dan Gred Khas B bagi Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2016 bermula 1 Julai 2016 sehingga 7 Ogos 2016.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini.

Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang dengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan. Ketua Jabatan hendaklah menyemak, meneliti, mengesah dan mengemukakan permohonan yang layak sahaja kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya sahaja akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Keputusan penilaian adalah muktamad.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah mulai sehari selepas tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.

Iklan boleh mula dipohon mulai 1 Julai 2016.

Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah

Sekian, terima kasih.

Muat Turun:

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers