Tuesday, 12 July 2016

Panduan Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016

Artikel ini adalah hasil perkongsian melvister.com

Peraturan cara baru bagi perbaharui cukai jalan (roadtax) dan insuran kereta mulai 1 September 2016.

Menurut melvister.com, mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi membuat geran atau salinan yang hilang disebabkan penguatkuasaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Disebabkan itu, dengan penguatkuasaan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tidak ada lagi cetakan belakang pada geran setelah perbaharui roadtax di JPJ.

Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.


Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016 bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.

Bagaimana jika geran asal kereta hilang?

Jika anda ingin maklumat kenderaan disebabkan geran asal telah hilang, anda digalakkan ke JPJ berhampiran bagi mendapatkan maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan untuk pihak insuran satu salinan bagi perbaharui insurans atau claim insuran.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers