Wednesday, 20 July 2016

NUTP sambut baik mata pelajaran pengekodan di sekolah

Langkah ini, kata Hashim (gambar), akan menjadikan Malaysia setanding negara luar seperti India, China dan Rusia dalam melahirkan pakar koding dan perisian. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik program coding (pengekodan) yang bakal dijadikan sebahagian daripada silibus dalam kurikukulum sekolah rendah dan menengah di sekolah kebangsaan, bermula tahun depan.

Menurut Presidennya, Hashim Adnan, langkah ini akan menjadikan Malaysia setanding negara luar seperti India, China dan Rusia dalam melahirkan pakar pengekodan dan perisian.

Hashim berkata pengekodan sudah lama diterokai pelajar sekolah rendah dan menengah ketika ini, namun ia masih belum meluas.
Ramai antara mereka yang menimba ilmu sendiri melalui internet dan rakan-rakan.

Dengan adanya silibus pengekodan di sekolah, ia sekali gus dapat memberi peluang kepada pelajar agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia siber.

"Pengekodan ini sangat penting dalam dunia pendidikan siber dan kalau kita tak ajar generasi yang ada hari ini dengan pelajaran tesebut masyarakat kita akan ketinggalan dalam dunia pengekodan ini.

“Apa yang dilakukan kementerian bagi sistem pendidikan kita tahun depan, adalah sangat baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood, memaklumkan bahawa pengekodan komputer akan menjadi sebahagian daripada subjek sains komputer dan diserapkan ke dalam pedagogi pengajaran, khususnya subjek sains dan matematik.

Baca juga: Coding to be in school curricula next year - MDEC CEO

MDEC kini sedang bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk membangunkan pembelajaran pengekodan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Ia akan mula diperkenalkan tahun depan dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2019.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers