Friday, 29 July 2016

Modul Peraturan & Undang-Undang Permainan Petanque (Petong)

Petanque boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada beberapa kegiatan sukan yang terdapat di negara ini samada yang sudah ‘established’ dan yang baru muncul Istimewanya sukan ini ia dapat memenuhi konsep “ Sukan Untuk Semua “

Seseorang yang tidak dikurniakan kelebihan dari segi fizikal, kecergasan, stamina, konsentrasi dan kewangan boleh menceburi sukan ini. Lelaki, wanita , kanak-kanak, remaja, dewasa dan mereka yang berumur boleh melibatkan diri dalam sukan ini. Mereka boleh bergabung dan bermain dalam satu pasukan tanpa memerlukan apa-apa ‘advantage’ atau ‘handicap’ Faktor jantina dan fizikal bukan menjadi satu kelebihan.
Petanque sebagai satu kegiatan sukan dapat memenuhi konsep “Kecergasan SeUmur Hidup “. Faktor usia dan kekuatan tubuh badan bukan menjadi ukuran atau kelebihan kepada seseorang pemain. Semua peringkat umur pemain dari peringkat sekolah rendah membawa kepada alam remaja, belia, dewasa dan warga tua boleh menguasai sukan petanque dengan baik dan bijak

Petanque amat mudah dipelajari. Dengan memerhati dan mengkaji orang lain bermain dan mengetahui beberapa peraturan asas , seseorang itu mampu bermain petanque. Ia tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau yang ‘vigorous ‘ kerana permainan dilakukan dalam gelanggang yang kecil berukuran15meter x 4 meter minimum dan tiada had masa ditentukan untuk menghabiskan permainan.

Petanque tidak memerlukan tempat tertentu untuk bermain . Di mana terdapat kawasan lapang saperti di halaman rumah, di tepi pantai. , di tepi padang atau di taman permainan seseorang boleh menjalankan aktiviti permainan petanque. Dengan lain maksud , keluasan gelanggang permainan senang dicari.

Petanque tidak memerlukan pakaian yang khas untuk bermain asalkan pakaian yang digunakan itu ringan dan dapat memudahkan pergerakan dan bersopan.

Dari segi kos, permainan petanque adalah ‘one time investment ‘. Boule permainan petanque hanya dibeli sekali dan selagi ianya tidak pecah atau hilang ia boleh digunakan bertahun-tahun lamanya.

Dalam permainan petanque pemain digalakkan berbincang sesama sendiri sebelum dan selepas melakukan sesuatu pergerakan . Tindakan ini dapat melahirkan semangat kerjasama, persefahaman, toleransi, sabar dan cekal apabila menghadapi pihak lawan.

Dalam permainan petanque terdapat peratuaran-peraturan dan etika permainan yang dapat melahirkan persaingan yang sihat dan menghormati pihak lawan.

Gerakan-gerakan dalam permainan petanque boleh disifatkan sebagai asas kepada latihan untuk sukan.di mana tenaga dikeluarkan secara beransur-ansur dari permulaan hingga tamat permainan (seperti cara memanaskan badan). Ianya tidak memerlukan tenaga yang banyak dan kekuatan fizikal seperti kebanyakan sukan. Cara bermain adalah mengikut perkembangan fikiran dan kecekapan mental pemain.

Ketika bermain seluruh bahagian badan digunakan. Pemain yang bermain petanque sebanyak enam kali di sesuatu pertandingan dalam satu hari dianggarkan dapat mengeluarkan tenaga kira-kira 200 kali daripada lontaran boule yang mempunyai berat 700 gram, 250 kali enjutan badan ke atas dan ke bawah, berjalan kira-kira 3km tanpa disedari dan berkali-kali melompat juga tanpa disedari.

Cara Permainan

Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut.

Petanque dimainkan dalam 3 versi

5.1.1 Triple (Bertiga) – Setiap pemain menggunakan dua biji boule
5.1.2 Double (Berdua) – Setiap pemain menggunakan tiga biji boule
5.1.3 Single (Perseorangan) – Setiap pemain menggunakan tiga biji boule

* Tiada versi lain dibenarkan dalam mana-mana kejohanan rasmi.

Muat turun:


jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers