Friday, 22 July 2016

Malaysia Timbang Hantar Guru BM Ke Sri Lanka

COLOMBO: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan penghantaran guru pakar Bahasa Melayu ke Sri Lanka.

Timbalan Perdana Menteri, berkata perkara itu dikemukakan oleh perwakilan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Sri Lanka dalam satu pertemuan bersama beliau, hari ini.

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 70,000 umat Islam dan Melayu dari Malaysia yang menetap di Sri Lanka sejak tiga abad lalu.

"Dalam pertemuan itu, mereka ada memohon jasa baik Malaysia supaya dapat menghantar guru (Bahasa Melayu) bagi membolehkan pembelajaran bahasa berkenaan dapat dihidupkan semula di Sri Lanka.

"Saya melihat cadangan berkenaan juga secara tidak langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu serta memperkukuhkan hubungan sesama umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang tiba di Sri Lanka awal pagi semalam, mengakhiri lawatan kerja selama dua hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, beliau juga akan membincangkan perkara itu bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengajaran bahasa Melayu.

"Ini juga membolehkan pihak berkenaan bersama-sama bantu mengembangkan lagi pengajaran bahasa Melayu di Sri Lanka," katanya.

Berita Harian
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers