Sunday, 3 July 2016

Kemudahan Rumah Peranginan Untuk Kakitangan Awam

Siapa yang tidak suka bercuti bukan? Namun masing-masing ada cara yang tersendiri untuk menghabiskan masa cuti dan berada jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kerja di tempat masing-masing. Ada yang suka menghabiskan masa bersama keluarga dan ada juga suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Bagi kakitangan awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, seksyen pengurusan rumah peranginan telah memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk memohon rumah-rumah peranginan bagi tujuan berehat mahupun aktiviti kerja.

Percutian di Rumah Peranginan Kakitangan Awam

Terdapat kemudahan secara atas talian untuk kakitangan awam membuat tempahan bagi rumah-rumah peranginan yang telah disediakan. Pendek kata, ianya memudahkan kakitangan awam untuk merancang percutian mereka berdasarkan pilihan rumah-rumah peranginan yang ada.

Terdapat tiga kategori pilihan rumah peranginan yang ada dan dikendalikan oleh BPH (Bahagian Pengurusan Hartanah).

  • Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)
  • Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)
  • Rumah Transit

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan (boleh dikatakan murah). Jadi jangan lepaskan peluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)
Terdapat enam pilihan rumah peranginan persekutuan premier yang disediakan. Antaranya ialah RP Bukit Fraser (The Lodge), RP Tanjung Tuan, RP Cameron Highlands, RP Singapura, RP Labuan dan RP London.

Kelayakan Memohon.

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia
  • Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

Kadar Sewa

Seperti mana-mana hotel dan chalet, akan tetap ada kadar sewa. Boleh rujuk di bawah untuk kadar sewa rumah peranginan persekutuan Premier.
Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)
Terdapat tujuh pilihan rumah penginan persekutuan yang disedikan. Antaranya ialah RPP Bukit Frasser, RPP Morib, RPP Cameron Highlands, RPP Port Dickson, RPP Pulau Langkawi, RPP Tasik dan Kenyir, RPP Pulau Pinang.

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun ( 7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kadar Sewa

Ini adalah kadar sewa terkini rumah peranginan persekutuan (eksekutif)
Rumah Transit (RT)
Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

  • penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
  • penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;
  • penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
  • penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
  • penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan
  • penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

Kadar Sewa

Berikut merupakan kadar sewa Rumah Transit.
Cara Membuat Permohonan

Anda terlebih dahulu perlu mendaftar di laman rasmi BPH sebelum boleh membuat tempahan. Klik url dibawah untuk ke laman rasmi BPH.

Layari : Bahagian Pengurusan Hartanah

Langkah pertama klik pada mendaftar akaun seperti ditanda merah di bawah.


Masukkan maklumat yang diminta. Anda akan menerima email daripada sistem selepas selesai mendaftar dan semakan maklumat perjawatan akan dibuat dalam tempoh waktu bekerja.

Selepas selesai, kata laluan akan dihantar melalui e-mail dan anda boleh mula membuat tempahan. Seeloknya, buat tempahan tiga bulan sebelum bagi memastikan percutian atau aktiviti anda dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Klik pautan ini untuk membuat tempahan : http://www.bph.gov.my/

Jika tidak mendapat tempahan di BPH, boleh cuba dapatkan penginapan di hotel lokasi pilihan.


Selamat mencuba.

Kredit: CikguIK

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers