Tuesday, 19 July 2016

Ibu Kongsi 4 Tragedi Selepas Anak Ketagihan Gajet


Ketagihan gajet oleh kanak-kanak di bawah usia 12 tahun memang tidak dapat dinafikan apatah lagi jika tiada kawalan yang sempurna daripada ibu bapa. Seorang ibu berkongsi bagaimana kesan ketagihan ini bleh menjejaskan kesihatan anak-anak kecil ini dari pengalaman beliau sendiri.

Jom baca penulisan Adlil Rajiah ini:


Hi assalamualaikum.

Tadi ada satu status FB lalu di timeline saya.
Status ini ditulis oleh seorang ibu yang mempunyai 3 cahaya mata (8 tahun, 6 tahun, dan 3 tahun).
Dan si ibu ni tengah bercadang untuk beli smartphone sorang satu untuk anak-anak dia.

Saya tak tahu apa yang korang rasa lepas baca status tersebut. Tapi saya ada rasa macam-macam. Rasa sedih, malu, marah, bengang, insaf, campur-campur. Bagi saya, status macam ni potong stim betul.

Maaf kalau anda fikir saya terlalu cepat menilai si ibu tersebut. Tapi masihhhhh saya tak nampak kat mana logiknya dengan membelikan smartphone untuk anak2 seusia itu. Saya tak nampak macam mana keputusan itu mampu menyelesaikan masalah beliau (anak berebut phone). In fact, bagi saya si ibu hanya sedang membuka jalan ke arah lebih banyak kemudaratan terhadap anak-anak nya.
Na'uzubillahi min zalik.

Hmm.

Ibu..
Saya faham anda mungkin letih.
Saya faham anda mungkin sibuk.
Saya faham anak-anak anda ramai dan anda juga mungkin perlukan masa bersendiri untuk menenangkan fikiran.
Tapi saya percaya, itu bukan keputusan yang terbaik.
There must be a better way to do it.

Sorry.

Tapi saya rasa sebenarnya ramai ibu bapa di luar sana yang mungkin sependapat dengan ibu tersebut.

Yang mungkin setuju dengan tindakan ibu tersebut, belikan smartphone sorang seketul untuk anak-anak yang belum mumayyiz, yang sepatutnya hidup mereka sarat dengan aktiviti bermain bagi meransang keseluruhan aspek perkembangan mereka. Namun alasan si ibu, rimas anak asyik berebut phone.

No, saya bukan anti smartphone.
Anak saya juga terdedah dengan smartphone.
Dan ini memang zaman mereka pun.
Zaman anak-anak kita memang zaman gajet.
Tapi kalau dah sampai tahap nak belikan sorang satu,
saya rasa lebih baik fikir semula.

Yes, beliau mungkin mampu mengawal dan mengehadkan penggunaan smartphone itu nanti.

Tapi sejauh mana?

My dear parents, kita akan kalah dengan anak-anak, bila kita mula memberi mereka KUASA. Membelikan smartphone untuk mereka, adalah sama dengan memberi kuasa. Ingat ye, anak-anak kita ada kuasa memanipulasi yang sangat dahsyat. Dan adakah kita benar-benar bersedia dan tahu bagaimana nak menghadapi consequences nya nanti?

Maaf kalau sebahagian daripada anda yang sedang membaca ni, kurang suka dengan apa yang saya tulis hari ni. Saya faham, setiap orang ada pilihan dan ada kuasa buat keputusan. Dan setiap ibu bapa pastinya nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Cuma saya nak share 4 TRAGEDI yang berpunca dari screen exposure (smartphones/TV/tablet).
Dan kesemua tragedi yang bakal saya kongsikan ini adalah KISAH BENAR yang didengar dan dilihat oleh telinga dan mata saya sendiri.

Tragedi Satu.

Kisah ni diceritakan sendiri oleh Ustaz Hasrizal, pengasas Khalifah Model School, ketika kami sama-sama dijemput jadi panelis sebuah forum. Dan kisah ni adalah tentang anak Ustaz Hasrizal sendiri. Mohon halalkan ye ustaz, saya share kat sini. Demi menyebar manfaat dan membuka minda ibu bapa. =)

So, menurut ustaz, anak beliau ni ketagihan game minecraft. Dan akibat ketagihan dan pendedahan game yang tak terkawal, akhirnya salah satu mata anak beliau macam terlari sikit, atau dipanggil juling.

Dan sekarang anak ustaz perlu menjalani rawatan berterusan untuk betulkan balik matanya. Tapi saya respect dengan ustaz hasrizal sebab dia sangat cool masa bercerita tu. Siap boleh buat lawak tapi muka rilek je tunggu orang habis gelak. ;D

Kata ustaz, beliau dan isteri bukan tak kawal. Of course diorang dah jalankan sistem kawalan tahap tertinggi.
In fact, dia hanya belikan satu handphone saje dan perlu dikongsi oleh anak-anaknya. Means, setiap anak diperuntukkan masa tertentu saje untuk guna phone tu. Tapi macam saya cakap tadi, anak-anak kita mempunyai kemahiran memanipulasi yang sangat dahsyat. Bila dah terlalu suka atau ketagih, anak-anak sanggup buat apa saje untuk dapatkan apa yang dia mahu. Dan itu lah yang terjadi kepada salah seorang anak ustaz hasrizal tadi.

Hmm.

Tapi ustaz kata, dia bersyukur. Sebab dengan terjadinya tragedi ni, dia akhirnya ada bukti yang kukuh untuk dijadikan contoh kepada masyarakat yang belum sedar-sedar tentang bahaya gajet.

Tragedi Dua.

Masa saya dijemput untuk buat sedikit Sharing Session di Putrajaya beberapa bulan lepas, lepas habis talk tu, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya dengan anaknya,

"Jiji, ini anak saya umur 6 tahun. Dia ni dah beberapa bulan tak boleh berenggang dengan tab. Dia selalu tengok youtube sampai lewat malam, kalau saya rampas, dia akan mengamuk sampai saya letih dan mengalah. Dan sekarang doktor kata dia memang dah ketagihan screen (tab) dan menghidap severe insomnia. Susah tidur. Kadang-kadang dia tidur 4 jam je sehari. Lepas tu bangun menangis cari tab semula."

Hmm.

Tak tahu nak cakap apa.

Masa saya menatap anak tersebut, tangan dia masih sedang pegang tab. Saya rasa sebakkkkk sangat.

Sambil menahan air mata, saya nasihatkan puan tu rujuk artikel yang pernah saya share DI SINI dan jumpa pakar psikiatri untuk hilangkan ketagihan anak dia.

Tragedi Tiga.

Masa saya beri talk di PWTC tahun lepas, lepas habis talk, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya, juga dengan anaknya. Tak silap saya budak tu baru empat tahun lebih camtu.

Si ibu tu cakap,

"Puan Adlil, anak saya ni memang dah ketagih gajet. Setiap kali waktu makan kena ada youtube kat depan muka, baru dia nak makan. Kalau takde, dia akan mengamuk baling-baling makanan. Tapi bila buka cerita kegemaran dia, dia makan banyakkk.

Tapi baru-baru ni dia sembelit. Berapa hari tak berak. Dan bila saya bawa pergi jumpa doktor, doktor kata anak saya ada masalah digestive system (sistem penghadaman). Puncanya, bila waktu makan, otak dia terlalu fokus pada gajet, sampai dia tak tahu / tak boleh sense bila perut dia kenyang. So doktor kata, dia sebenarnya makan terlalu banyak dalam satu masa, dan melebihi had makanan yang sepatutnya diambil."

Lepas saya dengar kisah ni, terus saya cakap dalam hati,

PERGHHHH SAMPAI MACAM TU SEKALIII???

Yes, sampai macam tu sekali screen exposure ni boleh buat pada anak-anak. Mungkin tak logik bagi kita yang tak pernah mengalaminya. Tapi jangan lah sampai dah jadi dekat diri sendiri, baru nak terasa logiknya.

Masa tu MUNGKIN DAH TERLAMBAT.

Tragedi Empat.

Ini yang paling special, sebab tu dia last sekali. Sebab ia adalah kisah ANAK SAYA SENDIRI. Yes, si Ashrof Haikol yang korang kenal itu. Heh.

Benda ni saya tak pernah lagi cerita online, kat blog, FB, atau kat mana-mana penulisan saya. Tapi saya selalu share dalam talk yang saya hadiri. Bukan nak simpan rahsia ke apa. Cuma bila nak cerita pasal benda-benda bodoh yang kita pernah buat dulu, saya prefer cerita direct depan muka, supaya orang lebih faham mesej yang saya nak sampaikan. Kalau dalam bentuk penulisan, orang lebih mudah menghukum, misinterpret dan nampak yang negatif berbanding yang positif.

So bismillahirrahim, begini kisahnya.
Ini anak saya, Haikal.
Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD. So faham-faham je la busy dia cemana. Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu. Fikir nak senang, nak seronok je.

Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa), dan hadiahnya ialah ipad. Yeayyyyy!! Welcome to gadjet addiction! ;D

Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal. Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia

Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih. Dan saya yang "educated lah sangat" ni pun mula lah download segala "educational video" dalam ipad tersebut. Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc.

Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi. Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun. Tapi dengan angkuhnya, saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, "Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu anak perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!"

Walaupun hakikatnya, BULLSH*T!

Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. Sementara anak berkawan dengan gajet. ;D

Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu.
Gajet Gajet Gajet.
Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal. Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain. And luckily, saya ibu yang agak observant.

So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist, dan guess what, Haikal was suspected as autistic. And what causes it, was the excessive screen exposure.

Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti. Dunia saya gelap. Saya peluk anak saya kuat-kuat. Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni.

AND THAT WAS MY TURNING POINT.

I quit my PhD, and paid back the scholarship. Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian. Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya, maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik.

Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni, alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik. :)

Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist, Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school. Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah. Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.

Di special school tu, saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan). Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem.

Allahuakbar.

Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak. Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca. And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist. :D

Alhamdulillah.

At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya.

Haikal macam mana sekarang? Oh he is doing so well, alhamdulillah! Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya, Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa. ;D

Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal, dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.

Sekian 4 tragedi kisah benar yang mungkin boleh buat anda fikir semula dan berhati-hati dalam membuat keputusan yg melibatkan anak-anak.

Dan mungkin sekarang anda boleh faham apa yang saya rasa bila baca status seorang ibu yang saya kongsikan mula-mula tadi.

Saya berdoa agar ibu ini membatalkan niatnya. :(

By the way, kalau diperhatikan keempat-empat tragedi tadi, kesan screen exposure ni bukan sahaja pada perkembangan anak-anak sebenarnya, tapi juga pada emosi ibu bapa sebab kena sediakan peruntukan tambahan pulak untuk rawatan susulan. Dah satu hal pulak nak cari specialist, nak allocate money, nak terima keadaan mentally.

Bukan mudah, of course.
Kalau mudah, saya dah ada phd dah sekarang. That's why, mencegah lebih baik daripada merawat.

Saya harap apa yang saya kongsikan hari ni, dapat beri ruang untuk korang fikir dan nilaikan semula setiap keputusan dan tindakan yang korang buat untuk anak-anak. Dan jadi sebab untuk kita sama-sama bertekad menjadi ibu bapa yang membantu perkembangan anak-anak, dan bukan membantutkan perkembangan anak-anak.

Peluang kita ada satu je. Sebab anak-anak ada di hadapan mata kita sekali je. Silap langkah, lambat sedar, payah nak undo balik.

So kepada anda yang mungkin tengah dalam proses nak belikan anak-anak gajet atau phone,
Ask yourself :
Are my children smart enough to have their own smartphone?
Am i ready to face all the consequences?
Do I have enough money to restore every damage it might caused?

Renungkan.
Saya harap Allah melindungi kita semua, insyaAllah.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers