Friday, 29 July 2016

Guru Cemerlang Dibenar Pegang Jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Di Sekolah


Merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.BPSM.S.500-11219(7) bertarikh 23 Jun 2016

Prinsip Guru Cemerlang menetapkan bahawa pegawai yang diperakukan pemangkuan/kenaikan pangkat dalam laluan Guru Cemerlang hendaklah kekal mengajar mata pelajaran kepakaran dan tidak dIbenarkan mengisi mana-mana jawatan pengurusan pentadbiran.

Bagaimanapun, Mesyuarat Penyelarasan Cawangan Naik Pangkat Bersama JPN/Bahagian Tahun 2016 pada 18 hingga 19 April 2016 telah mencadangkan bahawa Guru Cemerlang dibenarkan untuk memegang jawatan pentadbiran iaitu Jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di sekolah berdasarkan justifikasi bahawa GKMP masih berada dalam norma Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sepertimana Guru Akademik Biasa.

Untuk makluman Tan Sri Dr. KPPM pada 17 Jun 2016 lelah bersetuju supaya Guru Cemerlang dibenarkan untuk mengisi Jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) secara 'case by case basis'.

Keputusan ini adalah melibatkan PPP sepertimana berikut;

  1. GKMP Gred DG44 yang telah diluluskan pemangkuan sebagai Guru Cemerlang Gred DG48(KUP): GKMP boleh menqemukakan permohonan untuk tidak melepaskan jawatan GKMP melalui Ketua Jabatan sekiranya memilih untuk menerima tawaran sebagai Guru Cemerlang;
  2. Guru Cemerlang Gred DG44(KUP) yang telah disahkan pemangkuan dan ingin ditempatkan secara setara sebagai GKMP Gred DG44: Ketua Jabatan boleh mengemukakan permohonan kepada BPSM untuk kelulusan; dan
  3. PPP yang ditawarkan pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan pemangkuan sebagai GKMP pada gred yang sama: pegawai hendaklah memilih salah satu tawaran pemangkuan sahaja.

Muat Turun:




jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers