Wednesday, 13 July 2016

Guru Cemerlang: Apa Persediaan Yang Perlu Disediakan?


Baru-baru ini, KPM melalui portal rasminya telah mengeluarkan surat siaran berkenaan permohonan untuk guru-guru yang berminat memohon sebagai Guru Cemerlang di sekolah. Guru-guru boleh rujuk posting kami terdahulu di SINI.

Oleh yang demikian, jom kita fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan Guru Cemerlang ini. Kami juga akan kongsikan apakah persediaan yang diperlukan sekiranya guru-guru berminat untuk memohon status Guru Cemerlang ini.

PENGENALAN

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

PUNCA KUASA

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk “ Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang”. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.

SYARAT-SYARAT PEMANGKUAN

Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.

SYARAT-SYARAT UMUM

Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):

  • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
  • Bebas daripada tindakan tatatertib;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Lulus tapisan keutuhan SPRM;
  • Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

Syarat-syarat Khusus

  • Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:
  • Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
  • Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;
  • Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;
  • Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;
  • Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.

PERSEDIAAN YANG DIPERLUKAN

Fasa 1: Persediaan Diri
1. Profil Diri
2. Profil Akademik
3. Profil Kurikulum
4. Profil Kokurikulum
5. Tugas-tugas Khas
6. Inovasi

Fasa 2: Pemantauan Oleh Nazir
1. Persediaan Fail P&P
2. Rekod P&P Harian

Fasa 3: Pemantauan P&P Dalam Kelas
1. Persediaan Sebelum
2. Persediaan untuk Semasa P&P
3. Persediaan untuk Selepas P&P

Fasa 4: Persembahan Dokumentasi dan Power Point
1. Buku Log Latihan dan bimbingan
2. Mentor / Pengetua
3. Fail P&P semasa dan 2 tahun kebelakangan
4. Rekod markah subjek
5. Inovasi dan karya guru, CD
6. Contoh kerja pelajar, contoh latihan pelajar dari tidak baik ke cemerlang
7. Rekod bimbingan khas pelajar
8. Fail ko kurikulum, Disiplin
9. Pamerkan sijil, trophy, gambar, keratan surat khabar
10. Fail tugas-tugas khas, setiausaha PIBG,
11. Bukti penglibatan luar, MSSM, PSKPP, Toastmaster Club
12. Anugerah APC, pingat

Persediaan terperinci boleh guru-guru muat turun slide dibawah:

SLIDE PERSEDIAAN GURU CEMERLANG
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers