Saturday, 2 July 2016

Balik kampung: Barang yang wajib ada di dalam kereta

Sedikit panduan untuk yang nak balik kampung..

Nasihat kami, ikuti jadual perjalanan yang dicadangkan oleh PLUS dan LPT agar kesesakan boleh diredakan. Cuba tengok pautan ini untuk tahu jadual perjalanan kedua-dua lebuhraya

Sebelum itu, kami mahu berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu agar perjalanan balik ke kampung lebih selesa dan selamat. Ini ialah senarai 11 benda yang anda perlu ada di dalam kenderaan anda semasa hari raya ini.

1. Pengecas telefon – sangat perlu, terutama bila kita sentiasa gunakan Waze. Kalau boleh, beli pengecas 12V dan kabel yang berkualiti agar tahan lama.

2. Sebotol air masak 1.5 liter di dalam boot – untuk digunakan semasa kecemasan

3. Kain lap – pastikan sekurang-kurangnya ada dua helai. Boleh digunakan untuk lap tumpahan makanan atau semasa kecemasan (balutan luka, kain anduh dan sebagainya). Tisu basah juga membantu.

4. Kit pertolongan kecemasan – tak perlu yang canggih – ubat luka, bandage dan pelekat luka seperti Handiplast memadai.
5. Beg plastik – senang nak bungkus bekal hari raya, dan kalau ada yang nak muntah, ia boleh digunakan.

6. Dulang barang (cargo tray) – senang nak pastikan barang basah tak tertumpah ke karpet boot

7. Lampu suluh – penting, terutama yang suka berjalan malam. Pastikan bateri ada!

8. Tool-kit – pastikan took kit ada (spanner, screwdriver, plier, pisau), alat jack kereta boleh diguna-pakai kalau pancit, jumper cable untuk kereta automatik dan alat pemadam api.

9. Beg pakaian lembut – untuk jimatkan ruang, jangan pakai beg keras (hard luggage). Guna beg pakaian lembut (soft luggage) agar boleh jimatkan ruang.
beg

10. Pita pelekat atau Gaffer Tape atau Duct Tape – sangat berguna dalam kecemasan, seperti menutup hos yang bocor, melekatkan bumper yang tercabut dan sebagainya

11. Senarai nombor telefon kecemasan – operator lebuhraya, nombor hotline insurans kereta, nombor mekanik dan dalam telefon, simpan nama ibu dan isteri sebagai nama ISTERI, IBU, AYAH agar dalam kecemasan, mudah untuk dihubungi (pastikan jangan di “kunci” henfon pula).

Dan jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan! Selamat memandu dan selamat sampai ke kampung halaman.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers