Tuesday, 19 July 2016

6 Perkara Yang Perlu Dielakkan Guru Wanita Dalam Berketerampilan Ketika Mengajar

Perunding imej, Training Cube International, Maryanni Masarip (kiri)

Tiap hari, guru akan bertemu dengan pelajarnya, sama ada untuk sesi pembelajaran di dalam atau aktiviti di luar kelas.

Oleh itu, penampilan dan perlakuan guru sering menjadi perhatian pelajar.

Apa-apa sahaja yang digayakan, diucapkan atau dilakukan oleh guru tersebut boleh menjadi inspirasi kepada pelajar.

Selain pelajar, guru turut bertemu dengan ibu bapa dan tetamu profesional dari luar institusi. Pertemuan sebegini, walaupun tidak kerap tetap menuntut kepada penampilan guru yang mampu membawa perspektif positif kepada institusi pendidikan yang diwakili guru ini.

Pentingnya guru menjaga penampilan sebenarnya ada tiga tujuan utama iaitu menjaga kredibiliti profesion keguruan; mengundang rasa hormat daripada sesiapa juga yang berurusan dengan guru; dan membina identiti guru yang efektif.


Sebagai guru, berikut tip penampilan yang baik untuk diamalkan:

1. Potongan pakaian perlu profesional. Adalah baik sekiranya guru mempunyai blazer formal yang berpadanan dengan rangka tubuh.

2. Pilih warna yang pekat dan kurangkan penggunaan warna pastel. Warna-warna pekat membawa mesej yang lebih tegas dan berpendirian manakala warna-warna pastel membawa mesej lebih santai dan kasual.

3. Untuk guru wanita, kasut perlu selesa, bertumit dan bertutup penuh.

4. Jangan lupa pakai jam. Jam adalah aksesori pelengkap yang boleh membawa mesej profesional. Pilih jam yang ringkas gaya rekaannya dan diperbuat daripada metal.

5. Minimumkan corak pada pakaian. Pakaian polos lebih berautoriti berbanding pakaian yang dipenuhi motif flora.
Antara perkara dilarang dalam berketerampilan, guru perlu elakkan:

1. Aksesori terlalu sarat.

2. Pakaian yang terlalu banyak perincian.

3. Warna-warna yang kelihatan lesu atau tidak bertenaga.

4. Gaya tudung yang lebih sesuai ke majlis khas.

5. Mekap yang terlalu tebal.

6. Muka pucat tiada langsung mekap.

Apabila kalangan guru jelas terhadap kepentingan berketerampilan secara profesional, isu rasa cemburu tidak akan timbul.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kesan penampilan secara kemas dan konsisten terhadap karisma seorang guru.

Pelajar melihat guru yang berkarisma sebagai idola yang memberi motivasi untuk tampil bergaya secara profesional setiap hari.

Selain menjaga penampilan dari sudut pakaian, guru-guru juga perlu menambah baik teknik komunikasi apabila berhadapan dengan pelajar, rakan sekerja, ibu bapa dan
tetamu institusi yang lain.

Imej bukan sahaja merujuk kepada teknik berpakaian malah salah satu komponen besar dalam imej juga adalah gaya pertuturan.

Komunikasi adalah perkara yang dilakukan setiap hari oleh golongan guru.

Jika kemahiran ini tidak diasah dengan kerap, dikhuatiri gaya pertuturan yang selama ini mungkin kurang berkesan berterusan diamalkan.

Berpenampilan mengikut kemampuan diri.

Sekiranya mahu membeli sesuatu yang tinggi harganya, letakkan sasaran awal dan amalkan menyimpan bagi tujuan tersebut.

Tidak salah jika mahu membeli sesuatu yang berkualiti pada harga yang lebih mahal sedikit.

Namun perlu jelas tujuannya bukan untuk bersaing dengan sesiapapun dan elakkan membeli secara berhutang.

Sumber
jobs from my.neuvoo.com

5 comments

Perkongsian yang bagus... Cuma pilih pakaian yang bersesuaian... Jangan terlalu menyerlah dan seksi....

Mana datang ilmu cara nak tampil berketrampilan ni? Who wrote this?

Boleh pkai ke teknik tu? Zaman sekarang byk yg suggest pendekatan yg lebih santai ngan pelajar, baru senang didekati..

Boleh pkai ke teknik tu? Zaman sekarang byk yg suggest pendekatan yg lebih santai ngan pelajar, baru senang didekati..


EmoticonEmoticon

Google+ Followers