Monday, 6 June 2016

Senarai Tugas Penyelia Petang (Sekolah Dua Sesi)

BIDANG TUGAS PENYELIA PETANG

Guru Penyelia Petang bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam mentadbir sekolah sesi petang.

1. Bidang Tugas
  • Menjalankan tugas – tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Pen. Kanan I, Guru Pen. Kanan II dan Guru Pen. Kanan Ko – Kurikulum.
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.
  • Membantu mengeratkan hubungan di antara guru – guru sidang pagi dan petang.
  • Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.
  • Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas
  1. Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran sidang petang.
  2. Menyusun Jadual Waktu Kelas serta menyediakan Jadual Waktu gantian.
  3. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan – kegiatan kelas bimbingan dan pemulihan.
  4. Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.
Ko - Kurikulum

Menyelaras kegiatan pakaian seragam, persatuan dan kelab, Sukan dan permainan bagi sidang petang.

Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling
  1. Menyelaras semua tindakan disiplin.
  2. Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
  3. Melaksanakan peraturan – peraturan dan undang-undang sekolah serta mengawas keselamatan murid – murid sidang petang.
Program Keselamatan dan Perlindungan Murid

Mempastikan langkah – langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

Pentadbiran
  1. Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru – guru sidang petang.
  2. Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis – jenis lain pungutan wang.
  3. Menyelaras kerja – kerja kakitangan pejabat dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.
  4. Membantu merancang takwim sekolah.
  5. Membantu merancang penyediaan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
  6. Menyemak buku kedatangan murid – murid sidang petang.
  7. Mengurus hal – hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.
  8. Menguruskan hal – hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan borang permohonan dan pemulangan.
  9. Membantu dalam hal – hal yang berkaitan dengan penyenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.
Tugas – tugas Lain
  1. Menganggotai jawatankuasa – jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
  2. Melaksanakan arahan – arahan dan tugasan – tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.








jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers