Wednesday, 29 June 2016

Petua hilangkan kotoran pada baju sekolah anak

Pulang sahaja dari sekolah, Mikail terus letakkan baju dalam bakul baju kotor. Dia tahu, mama tak beri letak terus dalam mesin pencuci sebab baju sekolah itu perlu disental dan diberus dulu.

Bukannya boleh terus basuh menggunakan mesin pencuci.

Memang kesan kotoran takkan hilang! Maklumlah, Mikail budak lelaki yang aktif. Suka sangat bermain. Memang puaslah tangan menyental baju dan seluarnya.

Biasanya, tempat-tempat yang sering kotor itu adalah di bahagian kolar, lengan, poket, siku, lutut dan kaki seluar. Sakit mata betul memandang kesan hitam akibat geselan di meja, tak pun kesan lecah tanah merah di lutut dan kaki seluar akibat terjatuh ketika main kejar-kejar dengan kawan.

Kasihan mama Mikail... Macam mana nak bantu dia?

Nah, sekarang admin nak kongsi tip atau cara untuk membersihkan kotoran yang ‘tahap dewa’ tu? Tak perlulah tangan dan lengan menanggung kesakitan sebab nak memberus dan menyental baju sekolah anak-anak lagi. Tak fasal-fasal, timbul otot-otot besar pada lengan mama pula.

1 – Celup baju sekolah anak dalam air. Tak perlu rendam dengan serbuk pencuci atau peluntur tau.

2 – Ambil sabun mandi ketul. Ingat, yang ketul tau. Bukan yang cecair. Banyak jenama, pilih je. Tapi admin pilih L*x.

3 – Gosokkan sabun pada tempat yang kotor.

4 – Berus pada kotoran tersebut. Tapi, yang paling ‘best’ sebab tak perlu beria memberus kerana guna hujung baju pun dah boleh sental kotoran itu.

Tengok, betapa berkesannya sabun mandi dalam kehidupan seharian kita, kan? Sudahlah murah, berkesan pula tu. Tak perlu lagi beli peluntur.

Bukan apa, peluntur sememangnya akan lebih merosakkan dan mereputkan baju sekolah.

Mudah, kan? Jadi, ibu-ibu selepas ini tidak perlu lagi berasa tertekan untuk menyental kotoran pada baju putih.

Semoga dapat meringankan beban tugasan ibu seharian. Oh ye! Nak lagi mudah, ajar sahaja anak-anak anda untuk memberus baju sekolah mereka sendiri.

Sumber: GPS Bestari
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers