Sunday, 26 June 2016

Perkaitan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Guru Dan PBPPP

Mengambil langkah mendekati guru melalui laman sosial, KPM sendiri melalui pegawai-pegawainya menganggotai sendiri grup2 FB yang kerap menimbulkan kontroversi.

Melalui cara ini, maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas, telus dan terus kepada guru.

Terbaru, beberapa isu PBPPP cuba disampaikan oleh KPM melalui pegawainya di sebuah grup FB berkenaan isu Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD).

Dibawah merupakan penerangan penuh daripada En. Adzman Talib, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM.
jobs from my.neuvoo.com
Assalamualaikum WTH.
Selamat berpuasa. Semoga memperoleh keberkatan Ramadan.

Perkongsian maklumat PBPPP:

1. CPD bukannya diberikan kepada guru baharu tetapi merupakan usaha KPM untuk mempertingkat pengetahuan, kemahiran dan nilai/sikap terhadap bidang tugas yang dijalankan oleh guru.

Guru yang ditawarkan program ini merupakan guru yang dikenal pasti perlu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas yang dijalankan berdasarkan maklumat penilaian PBPPP 2014 yang dibandingkan atau dijajarkan dengan markah LNPT 2014.

Program CPD untuk guru yang ingin bertukar laluan kerjaya daripada guru PdP kepada laluan Kepimpinan atau bertukar tempat bertugas dari sekolah ke Bahagian tertentu di KPM perlu mengikuti CPD yang ditawarkan oleh KPM atau mengikuti program yang dicari sendiri. Matlamat utamanya adalah untuk mempertingkat laluan kerjaya guru.

2. Data Prapelaksanaan 2014 dipadankan/ dilakukan penjajaran dengan markah LNPT 2014 bagi menentukan guru yang layak ditawarkan mengikuti program CPD pada tahun 2015.

Daripada hampir 1,000 orang guru yang telah dikenal pasti, tidak sampai 700 orang ditawarkan program ini setelah ditapis terhadap guru yang sakit berpanjangan (kanser dan mental paling ramai), cuti tanpa gaji melebihi 180 hari, pool atas kepentingan perkhidmatan, dll.

Program kendalian BPG dan IAB ini berdasarkan modul khas yang telah dibangunkan oleh kedua-dua agensi berkenaan sehingga pada tahap ELEMEN dalam instrumen PBPPP.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru atau pemimpin sekolah yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang tugas yang dijalankan.


3. KPM menyedari terdapat dua markah pada tahun penilaian 2014 dan 2015. Disebabkan faktor itulah, skor PBPPP dan markah LNPT 2014 dilakukan penjajaran atau perbandingan untuk memastikan guru yang benar-benar perlu sahaja ditawarkan program CPD.

Untuk pelaksanaan CPD 2016 berdasarkan skor penilaian PBPPP 2015 sepenuhnya disebabkan statusnya sebagai Pelaksanaan Penuh.

Walaupun pada tahun 2015 terdapat juga skor LNPT, tetapi Pengurusan Tertinggi KPM telah membuat keputusan untuk menggunakan pakai markah PBPPP 2015 sebagai asas untuk pemilihan guru mengikuti program CPD pada tahun 2016.

Markah tersebut sah dan telah diperakukan oleh KPM. Tetapi markah Pelaksanaan Penuh PBPPP 2015 tidak diumumkan kepada semua guru disebabkan pada tahun 2015 terdapat dua markah penilaian iaitu PBPPP dan LNPT.

Untuk mengelakkan berlakunya konflik pada peringkat sekolah, markah LNPT digunakan untuk pergerakan gaji, APC dan PPC. Manakala untuk tujuan-tujuan lain (sila rujuk slaid yang saya sertakan lebih awal) prestasi guru dalam PBPPP digunakan.

Penilaian PBPPP 2016, semua maklumat penilaian PBPPP akan digunakan sepenuhnya untuk semua tujuan yang dinyatakan disebabkan LNPT tidak ada lagi untuk guru.

4. Pihak JPN, PPD dan sekolah telah dimaklumkan dalam sesi taklimat berkaitan semua perkara ini pada tahun 2014, 2015 dan 2016.

Semoga perkongsian maklumat ini lebih memberikan pencerahan kepada semua rakan guru.

Terima kasih.
Selamat menjalankan tugas sebagai guru yang berprestasi tinggi.
Selamat berpuasa.

Adzman Talib
Timbalan Setiausaha
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM


EmoticonEmoticon

Google+ Followers