Monday, 27 June 2016

Pelan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD), Apa Yang Perlu Guru Tahu?


Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) atau Continuous Professionalism Development (CPD) dibangunkan bagi melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) telah dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).

Pelan PPB bertujuan mentransformasikan amalan ini bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu kepada keberhasilan murid. Kompetensi dan kualiti guru dan pemimpin sekolah dapat ditingkatkan melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti PPB.

BACA: Perkaitan PPPB dan PBPPP

Pelan ini mengandungi dua bahagian -.
  • bahagian pertama menjelaskan transformasi amalan dan pelaksanaan PPB dan 
  • bahagian kedua mengandungi kit PPB yang mencadangkan strategi pelaksanaan PPB yang boleh digunakan oleh guru dan pemimpin sekolah.

Dalam konteks negara kita, amalan PPB merangkumi kedua-dua inisiatif, iaitu inisiatif kendiri dan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM berhasrat untuk mentransformasikan amalan PPB dengan meningkatkan PPB inisiatif kendiri.

Mulai tahun 2014, KPM memperkenalkan Pelan PPB untuk guru dan pemimpin sekolah bagi mengupayakan dan memberi autonomi kepada mereka meningkatkan kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap pembangunan profesionalisme secara kendiri.

Untuk maklumat lanjut, tuan-tuan boleh baca slide penataran di bawah:

Kementerian juga menerbitkan buku panduan PPB ini sebagai panduan untuk semua guru:


MUAT TURUN:

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers