Tuesday, 7 June 2016

Lulusan Matrikulasi Kini Boleh Mohon Kerja

KUBANG PASU 7 Jun - Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan semua lulusan matrikulasinya akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi bagi membolehkan mereka memohon pekerjaan di perkhidmatan awam dan swasta seperti dinikmati pelajar tingkatan enam.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu adalah sebagai memberi pengikhtirafan kepada lulusan matrikulasi.

"Setelah mengambil kira pelbagai kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar program matrikulasi, kini tiba masanya kementerian memperluaskan pengiktirafannya.

"Dengan sijil berkenaan ia akan memberi pilihan kepada pelajar sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke universiti atau bekerja di sektor awam mahupun swasta," katanya selepas mengadakan lawatan ke Kolej Matrikulasi Kedah di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers