Saturday, 18 June 2016

Kursus i-Think Dalam Talian (KiDT) Ditangguhkan Sekali Lagi


Kursus i-Think Dalam Talian atau KiDT yang telah dilancarkan pada tahun 2013 telah ditangguhkan untuk kali kedua selepas tahun 2014. Pelbagai kursus dan taklimat telah dilakukan untuk menyebarkan perkara ini kepada semua guru disekolah.

Namun, perancangan tidak selalunya menepati dan menyebelahi keadaan. Server yang mungkin agak kecil telah menyebabkan kualiti pelayaran guru untuk menyiapkan modul dalam kursus tersebut terlalu perlahan malah tidak boleh diakses terus.

Disebabkan masalah kualiti tersebut dan rungutan daripada guru, maka kursus tersebut telah ditangguhkan sekali lagi pada tahun ini.

Pekara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan melalui laman Facebook beliau.
Kementerian Pendidikan juga akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan penangguhan berkenaan.
Apa kata Blog Cikgu Shamsudin ?

Admin telah siap semua modul yang ada. Begitu juga dengan ramai rakan online admin yang lain telah berjaya menyiapkan modul tersebut dan telah lulus ujian akhir. Pengetahuan yang hendak disampaikan adalah bagus. Namun masalah kualiti "kelajuan" ini bukan sahaja untuk KiDT tetapi hampir kesemua laman web sistem online yang ada di KPM. Ia isu lama yang perlu diperbaiki oleh kerajaan untuk memastikan pembelajaran dan budaya kerja abad ke 21 berjalan dengan lancar seperti dinyatakan di dalam PPPM.

Berdasarkan tinjauan dan perbualan dengan rakan rakan di dalam web tersebut, ramai yang tetap meneruskan KiDT itu walaupun surat penangguhan rasmi telah dikeluarkan. Kami sukarela untuk terus menyiapkan modul yang ada sebagai inisiatif menambah ilmu.

Bagi mereka yang hendak menangguhkan KiDT, admin rasa baik fikir dahulu. Setakat ini ia hanya ditangguhkan. Bukan dibatalkan. Lambat laun kena buat juga. Jadi ambillah inisiatif untuk terus membuatnya jika mempunyai kelapanggan. Jika terpaksa membuatnya tahun hadapan, diharap masalah kesesakan ini telah dapat diatasi. Jika tidak isu yang sama akan berulang.... pening kepala tunggu video 'loading'..
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers