Tuesday, 14 June 2016

KPM Pantau, Tukar Guru Jika Prestasi Kurang Memuaskan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sentiasa memantau guru yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan jika perlu guru terbabit akan ditukarkan.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata ketika ini pemantauan prestasi guru dilakukan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan (JNJK).

"Kita juga bergantung kepada pihak sekolah yang akan memberi laporan prestasi guru itu dan sekiranya guru itu tidak mencapai prestasi yang ditetapkan, maka kementerian juga boleh mengambil tindakan dalam proses penukaran guru berkenaan," katanya pada persidangan Dewan Negara semalam. - Bernama
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers