Thursday, 30 June 2016

Kenaikan Gaji Julai, Perdana Menteri Luah Perasaan Di FB

Semua penjawat awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam pembentangan Bajet 2016 yang lalu.

Setahun telah berlalu, dan bulan Julai telah menghampiri. Sedikit pengharapan telah diluahkan oleh Perdana Menteri mengenai usaha beliau untuk menghargai semua penjawat awam.

Ikuti luahannya:

Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu.

Usaha dan kerja keras penjawat-penjawat awam amat kerajaan hargai, dan saya harap dengan bantuan ini akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang, Insya-Allah.


jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers