Thursday, 2 June 2016

Jadual Waktu Bekerja Penjawat Awam Pada Bulan Ramadan (Pekeliling)


Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan berhubung dengan tambahan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) dilaksanakan khas pada bulan Ramadan.

LATAR BELAKANG

WBB telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara mulai 1 Jun 2007 sebagaimana yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 dan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010.

Justeru, Kerajaan bercadang menambah WP dalam jadual WBB yang sedia ada di semua agensi Kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam dalam bulan Ramadan dengan menambah WP4, WP5 dan WP6 selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan.

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT PADA BULAN RAMADAN

Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat) seperti di Jadual 1 berikut:
Bagi pejabat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 11.45 pagi hingga 1.45 petang (Jumaat) seperti di Jadual 2 berikut:
Bagi pejabat di negeri Sarawak, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Jumaat) seperti di Jadual 3 berikut:

Bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, di mana hari Jumaat dan Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang (Ahad - Rabu) dan 7.30 pagi hingga 3.30 petang (Khamis). Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Ahad-Khamis) seperti di Jadual 4 berikut:

Muat Turun:



jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers