Monday, 13 June 2016

Guru tak sepatutnya "bercuti" ketika cuti sekolah - PAGE

PETALING JAYA: Kerajaan diminta pertimbang memperkenalkan pembantu pengajar untuk sekolah-sekolah bagi membantu para guru menangani beban kerja mereka, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim.

Bercakap kepada FMT, Azimah berkata pembantu pengajar akan sangat membantu para guru menangani beban kerja mereka, terutamanya pada hari yang mereka terpaksa bercuti, kerana para guru diberi cuti tahunan yang terhad.

Semalam, ketika mengulas isu para guru terpaksa bekerja pada cuti sekolah, Azimah berkata para guru sepertimana penjawat awam lain tidak bercuti pada cuti sekolah dan perlu menggunakan cuti tahunan 30 hari yang diperuntukkan kepada para guru.

Bagaimanapun, para pembaca FMT memberitahu para guru hanya diberi cuti tahunan tujuh hari sahaja.
jobs from my.neuvoo.com
Mengakui bahawa para guru hanya diberikan cuti tahunan tujuh hari dan bukannya 30 hari, Azimah berkata para guru turut bercuti pada hari cuti sekolah.

Namun bagitu, cuti sekolah tidak secara automatik bermaksud para guru tidak perlu bekerja kerana mereka boleh dipanggil bertugas.

“Tiada semua guru diminta bertugas semasa cuti sekolah,” katanya, dan menambah hanya sekumpulan kecil guru akan dipanggil bertugas, itupun secara bergiliran.

Beliau berkata ia terletak pada budi bicara pengetua untuk menentukan guru-guru yang perlu bertugas semasa cuti sekolah.

“Autonomi sekolah harus didukung. Janganlah kita mula mengarah pengetua bagaimana untuk menguruskan sumber.”

Isu guru bertugas pada cuti sekolah menjadi perbualan selepas seorang suami, Abdullah Mohd Nawi mengeluh isterinya terpaksa ke sekolah pada minggu pertama cuti sekolah dan pada waktu lain sibuk menanda kertas peperiksaan.

Abdullah berkata dirinya mengambil cuti tahunan dengan harapan dapat bersama isterinya dan berharap ada cara yang lebih baik untuk membolehkan para guru bercuti semasa cuti sekolah.

FMT

3 comments


EmoticonEmoticon

Google+ Followers