Monday, 20 June 2016

Fail Pengurusan Individu PBPPP PERLU atau TIDAK?


Sudah jadi kecoh satu alam maya berkenaan Fail Pengurusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Kekecohan berpunca daripada keperluan Pegawai Yang Dinilai (PYD) di sekolah yang didakwa 'dipaksa' oleh Pentadbir untuk menyediakannya.

Kemudian, muncul pula Saudara Naszeri MD Nor, pegawai daripada Bahagian Pembangunanan dan Penilaian Kompetensi, KPM melalui beberapa responnya di dalam sebuah grup Kami Guru Malaysia berkenaan hal ini.


Menurut beliau, fail PBPPP ini tidak perlu diwujudkan. KPM juga tidak pernah menegeluarkan arahan khuhus menyediakan sebarang bentuk fail untuk menilai PBPPP. Beliau mendakwa lagi, dokumen rujukan untuk menilai guru akademik biasa adalah Buku Rancangan Mengajar sahaja.

Beliau turut meminta guru-guru supaya menyemak kembali laman web eprestasi dan bahan-bahan edaran taklimat PBPPP dimana tidak pernah dinyatakan berkenaan fail PBPPP ini secara khusus.

Beliau turut mendakwa isu ini mendapat perhatian Tan Sri KPPM dan pembinaan fail ini sekadar digalakkan sahaja tanpa paksaan.

Guru sepatutnya menggunakan buku Racangan Pengajaran Harian secara optimum untuk menulis semua perkara yang melibatkan evidens penilaian. Catatan ringkas berkenaan aktiviti boleh ditulis diruangan aktiviti dan tidak perlu disimpan di dalam fail. Sijil-sijil juga tidak perlu dipamerkan menurut beliau.
jobs from my.neuvoo.com

Beliau juga berasa agak terkilan dengan tindakan sesetengah pentadbir yang memaksa guru-guru untuk menyediakan fail PBPPP tersebut. Beliau turut mencadangkan kepada guru-guru agar membuat aduan jika dipaksa berbuat demikian melalui alamat email aduan.eprestasi@moe.goy.my.


Jadi, adakah fail ini PERLU ataupun TIDAK?

Banyak sudut boleh diperhatikan berkenaan isu ini. Sebagai guru, mungkin kita boleh lihatnya dari sudut yang positif. Melalui fail ini, semua perkara dapat dikumpulkan dalam satu fail. Ianya juga akan memudahkan Pegawai Penilai untuk melihat eviden-eviden yang bakal dinilai yang terdapat di dalam komponen.

Pegawai Yang Dinilai juga dilihat sebagai seorang pegawai yang lebih sistematik dalam pengurusan fail. Beliau tidak perlu terkejar-kejar mencari sesuatu yang diperlukan ketika penilaian berlaku.

Tidak salah menyediakan fail ini, cuma keperluan wajib itu tidak dinyatakan. Hanya digalakkan. Pentadbir juga seharusnya lebih faham dan bersikap terbuka. Perkara yang tiada dalam arahan, janganlah pula dijadikan kewajipan kepada guru-guru di sekolah melainkan telah mendapat persetujuan bersama.

Pihak pentadbir juga harus beringat, walaupun banyak dicanang guru-guru sanggup berkorban wang ringgit demi pekerjaannya berbanding pekerjaan lain di atas dunia ini, masih ada segelintir daripada mereka yang tidak mampu dan berat hati untuk bekorban. Tidak semua juga berfikiran positif, malah beranggapan cadangan yang mengeluarkan duit poket masing-masing adalah suatu kesusahan dan beban buat mereka.

Jadi, terpulang kepada semua guru-guru yang berada di sekolah untuk menyediakan fail tersebut. Kepada yang telah siap dan memiliki fail tersebut, syabar dah tahniah kami ucapkan. Kepada pentadbir, bijaklah dalam berurusan, umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Kepada yang masih terkial-kial dengan borang keberhasilan, boleh rujuk pautan di bawah:

1. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Besar / Pengetua / Guru Akademik 
2. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - GPK1, GPK HEM, GPK Koku
3. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Pemulihan Khas
4. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Pendidikan Islam
5. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Perpusatakaan & Media

6. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Bimbingan & Kaunseling
7. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Pendidikan Khas  
8. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Akademik Biasa (Sekolah Menengah)
9. Panduan Pengisian Borang Keberhasilan - Guru Akademik Biasa (Sekolah Rendah)
10. Senarai Semak Lengkap Fail PBPPP (Tidak wajib)


EmoticonEmoticon

Google+ Followers