Thursday, 2 June 2016

Etika: Sesuaikah Baju Kurung Disarung Blazer Sebagai Pakaian Rasmi/Formal?


Sepertimana kita sedia maklum, apabila kita melangkah masuk ke mana-mana organisasi, di sebalik kekemasan ruang pejabat, penampilan dan tatacara berpakaian akan menjadi tanggapan pertama pelanggan.

Penampilan seseorang warga kerja itu akan mencerminkan kredibiliti dan keupayaannya dalam melaksanakan tugas. Sekiranya seseorang tidak berupaya menguruskan keterampilan diri, ini memberikan impresi awal bahawa seseorang itu tidak berkeupayaan untuk menguruskan tugas dengan teliti dan teratur.

Pakaian untuk ke pejabat / sekolah tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Sebaliknya pemilihan pakaian hendaklah dibuat berdasarkan keselesaan dalam melaksanakan tugas, berpadanan dengan susuk tubuh dan bergantung kepada tahap kewangan masing-masing.
jobs from my.neuvoo.com

PEMAKAIAN BLAZER / JAKET

Urusan pemakaian lelaki kurang menjadi masalah, namun berlainan pula dengan wanita terutama apabila menyarungkan blazer/jaket. Blazer atau jaket adalah pakaian yang boleh membantu menaikkan imej profesional seseorang. Jaket mempunyai pelbagai potongan. Ada yang ukurannya pendek, paras pinggul dan panjang.

Seseorang yang gemar memakai jaket perlu mengetahui etika pemakaian jaket mengikut acara yang dihadiri. Jika anda tersalah padan dengan pemakaian blaus ia akan menyebabkan orang lain memandang anda tidak serius atau lebih parah lagi tidak mempunyai ilmu tentang etika pemakaian blazer/ jaket.
Seseorang yang memakai jaket/ blazer yang lebih pendek daripada blaus/ kemeja, ia menunjukkan acara yang akan dihadiri itu adalah acara santai (shopping, family gathering dan lain-lain).

Cara sedemikian adalah cenderung kepada fesyen bukan majlis formal (seperti mesyuarat, majlis perasmian, conference, berjumpa klien dan sebagainya).

BAGAIMANA ETIKA MEMAKAI BLAZER/ JAKET YANG SEBENAR UNTUK ACARA RASMI/ FORMAL?

Mudah sahaja. Blazer atau jaket tersebut perlu sama lebih panjang dengan ukuran panjang blaus/ kemeja yang dipakai. Jika anda kurang selesa dengan potongan jaket anda yang pendek dicadangkan para muslimah mempunyai sepasang jaket yang panjang sebagai persediaan untuk majlis rasmi.
ADAKAH SESUAI BLAZER/JAKET DIPADANKAN DENGAN BAJU KURUNG?

Baju kurung juga sudah memadai digayakan untuk menghadiri acara majlis formal kerana pakaian ini sudah cukup melambangkan pakaian rasmi kebangsaan. Maka, keperluan untuk memakai blazer/ jaket tidak dituntut ketika itu.

Jika anda mahu juga kelihatan hebat dengan blazer/ jaket, dicadangkan supaya mempunyai sepasang skirt berwarna gelap yang sepadan dengan jaket tersebut.

Yang Berbahagia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz adalah model korporat yang sentiasa memakai baju kurung tetapi masih kelihatan professional kerana baju kurung beliau sentiasa menepati ciri-ciri pakaian formal.
Sumber foto: gettyimages
Sumber foto: gettyimages
Sebagai panduan bersama, tuan puan  boleh muat turun panduan di bawah sebagai rujukan:



EmoticonEmoticon

Google+ Followers