Tuesday, 21 June 2016

Dasyat! Resume Bekas Pelajar Ini Buatkan Dia Diambil Kerja Tanpa Temuduga...

Bukan mudah untuk mendapat peluang pekerjaan lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja tamat pengajian. Perkara yang paling penting sebelum anda mencari kerja adalah anda perlu mempunyai resume yang baik.

Cara anda mempersembahkan resume anda menjadi antara salah satu faktor anda terpilih ataupun tidak untuk sesuatu pekerjaan. Resume yang anda bawa itu sedikit sebanyak mencerminkan diri anda yang sebenar. Mana tidaknya, pasti terdapat puluhan atau ratusan resume untuk sesuatu peluang pekerjaan dan resume yang menarik pasti akan mendapat perhatian dan diberi keutamaan.

Sumukh Mehta, lelaki berasal dari Bungalore, India ini membuat resumenya dengan cara yang sangat berbeza dan unik. Beliau baru sahaja menghabiskan pengajiannya di Universiti Jain dalam bidang pengurusan dan sudah membantu lebih 160 individu dalam menghasilkan resume yang lebih menarik.

“Dalam dunia serba kompetitif ini, semuanya menjadi lebih susah dan anda perlu menjadi lebih kreatif dari yang lain untuk membuat sesuatu perkara dan itulah apa yang saya lakukan,” kata Sumukh.

Selepas membantu rakan-rakannya dalam membuat resume, beliau turut mencuba nasib dengan menghantar resume beliau ke majalah terkemuka dunia, Gentleman’s Quarterly (GQ). Resume itu adalah dalam bentuk 20 helaian bergambar yang dibuat dengan bantuan pereka grafik. Resume beliau ini mengambil masa 3 minggu untuk disiapkan.
jobs from my.neuvoo.com
GENTLEMAN’S QUARTER (GQ) EDISI JUSTIN BIEBER
Hasilnya? Resume beliau ini berjaya mendapat perhatian Editor-In-Chief GQ, Dylan Jones yang menawarkan kerja untuk Sumukh di pejabat mereka di London tanpa perlu menjalani interview! Jadi bagaimana rupa resume Sumukh ini? Lihat resume Sumukh di gambar di bawah.
Bersungguh dan teliti betul resume yang dihasilkan Sumukh ini. Rasa seperti membaca majalah GQ yang sebenar. Resume Sumukh ini sesuai dengan bidang yang beliau ingin ceburi. Jadikan kisah Sumukh ini sebagai inspirasi untuk update resume anda supaya ianya lebih menarik, fresh dan unik berbanding resume orang lain. Selamat mencuba dan all the best!

Sumber: The Vocket


EmoticonEmoticon

Google+ Followers