Friday, 24 June 2016

Cuti peristiwa hari raya ketiga dipertimbangkan

PUTRAJAYA 24 Jun - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka pada 8 Julai ini iaitu hari Jumaat diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sehubungan itu kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat bersama peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang.

Walau bagaimanapun katanya, perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan tersebut.

“Insya-Allah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada perjumpaan khas bersama ahli-ahli 
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) di sini hari ini. 


Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam ucapannya pada majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers