Saturday, 25 June 2016

Cadangan wajibkan pelajar sekolah ambil vaksin

PETALING JAYA - "Kementerian Pendidikan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, kata Timbalan Menterinya Datuk P Kamalanathan.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah penting bagi memastikan kesihatan pelajar terus terjaga.

"Ia merupakan satu cadangan yang kita sedang kaji. Kita kena ambil banyak perhitungan tetapi bagi saya ia adalah satu perkara yang penting. Kesihatan pelajar merupakan perkara yang sangat penting," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Terbuka Bahasa Tamil 1 Malaysia sempena 200 Tahun Bahasa Tamil dalam Pendidikan Malaysia di sini, hari ini.
jobs from my.neuvoo.com
Beliau mengulas mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria di Melaka manakala di Kedah, seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun turut meninggal dunia, seorang

kritikal manakala lima lagi adik-beradiknya dikuarantin di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kerana dipercayai akibat dijangkiti bakteria yang sama.

Kamalanathan berkata, cadangan mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan dan keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, ketika ini belum ada peraturan yang mewajibkan pelajar sekolah mendapatkan suntikan vaksin.

Mengulas lanjut mengenai pertandingan tersebut, Kamalanathan berkata ia diadakan sempena sambutan 200 tahun bahasa Tamil dalam pendidikan negara sejak pertama kali ia diajarkan di Penang Free School pada 21 Oktober 1816.

Seramai 200 pelajar daripada lebih 40 sekolah rendah seluruh Selangor menyertai pertandingan itu yang dianjurkan oleh KPM dengan kerjasama badan pengelola Creative Education Intellect. - Bernama


EmoticonEmoticon

Google+ Followers