Thursday, 19 May 2016

"Wahai Cikgu DG48, Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga..."

Semalam seorang jururawat memuatnaik print skrin perbualannya dengan seorang individu. Tinjauan kami selepas itu, laman Facebook jururawat telah dinyahaktifkan.

Individu yang dimaksudkan itu kelihatan seolah mahu merendah-rendahkan martabat jawatan beliau sebagai seorang jururawat.

Agak mengejutkan juga apabila dalam salah satu cetakan skrin beliau, terdapat pengakuan individu berkenaan yang menunjukkan dia seorang guru ataupun daripada Kementerian Pendidikan. Sungguh mengecewakan dengan tindakan beliau ini.

Bukan sahaja seolah-olah menghina profesion lain, tetapi juga memperlihatkan gaya seorang guru yang tidak profesional.

Ikuti perbualannya:
Berikut tindakan kurang sopan dari individu berkenaan, jururwat berkenaan meluahkan perasaannya dengan menulis:
Dah jumpa ramai orang gred lagi tinggi tapi tak bongkak
Dah jumpa ramai orang-orang gred tinggi yg tak pernah bongkak dengan pangkat dia..
Malah lagi tinggi pangkat pun saling menghormati antara satu sama lain…
Ada lagi encik-encik PTD malahan pegawai-pegawai dalam badan berkanun pun tak macam ni..
Doktor-doktor pakar/senior MO pon tak macam ni..
Tapi encik/cik DG48 ni lain la pulakkkk…

Rasanya tak salah kalau nak post anything pasal ubat/penyakit/anatomi manusia kat own fb kottttt…

Wahai si DG48,
Kamu tahu tak…….
Nurse ni ada belajar macam-macam pasal anatomi
Belajar lagi pasal dos ubat/indikasi/kontraindikasi/route yg betul
Belajar pasal penyakit terutama symptom/rawatan malahan management..

Aku tak pernah malu jadi nurse
Sorry to say..
Ada doktor yang baru pun mintak guide dari nurse-nurse yang senior kat dalam wad..
Apa hina ke jadi nurse sampai ada makhluk bakal DG52 ni dok cakap macam2?
Aku tak pernah malu jadi nurse weyh..
Malah aku rasa malu dengan makhluk macam kamu ni yang suka-suka tanya soalan bijak itu..
Dan sek2 kamu DG48 ni la kebiasaannya demand dis and dat during admission!

#UnsungHeroHeroin
#ProudToBeANurse
#KoHado?!

Google+ Followers