Tuesday, 24 May 2016

Tawaran Untuk Guru Ke Korea Bagi Program Korea-Malaysia Exchange Programme (KOMTEP)

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2016.

Program ini akan bermula pada Jun 2016 dengan penempatan seramai enam (6) orang guru Korea di tiga (3) buah sekolah di WP Kuala Lumpur manakala guru dari Malaysia akan dihantar ke Republik Korea mulai Ogos 2016 selama tiga (3) bulan.

jobs from my.neuvoo.com
Objektif program ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru sekolah Republik Korea dan Malaysia serta memberi peluang kepada guru Malaysia mempertingkatkan kompetensi melalui pendedahan sebenar dan menimba pengalaman baharu secara amali berkaitan amalan terbaik proses pengajaran dan pembelajaran di Republik Korea.

Program penempatan guru Malaysia ke Republik Korea ini ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia;
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(d) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Ogos 2016;
(e) Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM;
(f) Tidak mengikuti program jangka pendek dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau program jangka panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan(dikira dari tarikh program ini bermula) (Lampiran A1);
(g) Telah tamat tempoh ikatan perjanjian perkhidmatan dengan KPM selepas menamatkan kursus bagi PPP yang pernah menerima penajaan biasiswa bagi Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Kedoktoran dalam dan luar negara (dikira dari tarikh tamat pengajian);
(h) Bukan peminjam tegar atau peminjam yang disenaraihitamkan oleh KPM atau badan-badan peminjam kerajaan lain (Lampiran D: Bebas Senarai Hitam);
(i) Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, kebudayaan dan kesenian (Sijil-sijil Penyertaan/ Penghargaan);
(j) Boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris (Sijil-sijil Tahap Kecekapan Bahasa Inggeris);
(k) Mempunyai tahap literasi komputer yang baik (Sijil-sijil Tahap Literasi Komputer);
(l) Mendapat kebenaran pasangan bagi PPP yang telah berkahwin (Borang Kebenaran Pasangan);
(m) Mempunyai tahap kesihatan yang baik (Borang Pemeriksaan Kesihatan);
(n) Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental dan bebas dari penyakit berjangkit terutama HIV, Tuberculosis dan Syphilis (Surat Akuan Kesihatan);
(o) Telah mengisytiharkan harta (Surat/ Rekod Pengisytiharan harta);
(p) Bersih daripada pertuduhan/ tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah (Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan);
(q) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014 atau 2013, 2014 & 2015). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan (Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan);
(r) Keutamaan diberikan kepada PPP yang menjalankan tugas terkini sebagai guru di sekolah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris/ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/ Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual.(Sijil-sijil Kelayakan Akademik/ Ikhtisas);
(s) Keutamaan juga akan diberikan kepada PPP yang pernah mendapat anugerah/ pengiktirafan khusus sama ada di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. (Sijil-sijil Anugerah/ Pengiktirafan); dan
(t) Kelebihan bagi PPP yang boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Korea(Surat/ Sijil pengesahan)

PPP yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang dilampirkan. Borang permohonan ini boleh dimuat turun dan dicetak dari Portal Rasmi KPM. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan disertakan bersama-sama:

(a) Sekeping Gambar Terbaharu Ukuran Pasport (dimuka depan Borang Permohonan);

(b) Salinan Kad Pengenalan;

(c) Borang Kekerapan Menghadiri Program Luar Negara (Lampiran A1);

(d) Borang Bebas Dari Senarai Hitam (Lampiran D);

(e) Borang Pemeriksaan Kesihatan;

(f) Surat Akuan Kesihatan;

(g) Ulasan/ Perakuan Ketua Jabatan;

(h) Surat/ Rekod Pengisytiharan Harta;

(i) Borang Kebenaran Pasangan;

(j) Sijil-sijil Penyertaan/ Penghargaan;

(k) Sijil-sijil Tahap Kecekapan Bahasa Inggeris;

(l) Sijil-sijil Tahap Literasi Komputer;

(m) Sijil-sijil Kelayakan Akademik/ Ikhtisas;

(n) Sijil-sijil Anugerah/ Pengiktirafan;

(o) Surat/ Sijil Pengesahan Tahap Kecekapan Bahasa Korea; dan

(p) Salinan Senarai Tugas Semasa

Permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 08 Jun 2016 (Rabu) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:

Pengambilan KOMTEP2016,
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Pegawai-pegawai berikut boleh dihubungi untuk semakan penerimaan borang:

i. Puan Fazilah binti Mohammed Ja
Tel : 03-8884 1061
E-mel : fazilah@mohammed@moe.gov.my

ii. Puan Zaliza binti Ali
Tel : 03-8884 1192
E-mel : zaliza@ali@moe.gov.my

iii. Puan Khairina binti Khalid
Tel : 03-8884 1194
E-mel : khairina.khalid@moe.gov.my

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Pegawai-pegawai berikut untuk maklumat lanjut:

i. Cik Siti Mariam binti Sulaiman
Tel : 03-8884 1067
E-mel : mariam.sulaiman@moe.gov.my

ii. Puan Aida binti Mohd Anip
Tel : 03-8884 1288
E-mel : aida.mohd@moe.gov.my

iii. Encik Mohd Sahril bin Mohd Yusof
Tel : 03-8884 1166
E-mel : sahril.yusof@moe.gov.my

Hanya permohonan yang berjaya dan layak ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan melalui surat pada atau sebelum 17 Jun 2016 (Jumaat).


EmoticonEmoticon

Google+ Followers