Monday, 23 May 2016

Sebar Gambar Pesalah Juvana Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Mengenai kes seorang remaja berusia 13 yang ditahan kerana cubaan merogol seorang wanita di tandas stesyen minyak di Jalan Munshi Abdullah Melaka. Mangsa telah memuatnaik gambar budak tersebut dan memberikan maklumat di laman facebook mengenai kejadian itu dan kemudian gambar kanak-kanak terbabit telah disebarkan oleh orang lain di blog blog, forum, twitter dan juga laman sosial facebook juga.

Petikan dari harian Metro
Mengejutkan apabila seorang remaja lelaki mencabul kehormatan seorang wanita dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Munysi Abdullah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.25 petang, mangsa yang juga pegawai khidmat pelanggan berusia 28 tahun terkejut apabila remaja berusia 13 tahun terbabit merempuh masuk ke dalam tandas wanita di stesen minyak itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek kemudian bertindak memeluk, mencium dan meraba mangsa.

“Wanita itu menjerit untuk mendapatkan bantuan sebelum jeritannya didengari orang awam dan pekerja stesen minyak berkenaan.

“Mangsa berjaya diselamatkan, manakala remaja terbabit ditangkap sebelum diserahkan kepada polis sejurus selepas itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, remaja itu ditahan reman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Dalam radio Sinarfm tadi ada berita yang melaporkan jika ada pihak yang menyebarkan gambar/maklumat pesalah juvana, pihak itu boleh dikenakan tindakan ,

Akta Kanak-kanak 200

AKTA 611 (AKTA KANAK_KANAK 2001)

Sekatan ke atas laporan dan penyiaran media.

15. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa- apa laporan media massa mengenai -
(a) apa-apa langkah yang diambil terhadap seseorang kanak-kanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah, sama ada langkah-langkah itu pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;
(b)mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya jagaan diambil di bawah Bahagian V;
(c) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertema telah atau disyaki telak dilakukan; atau
(d) mana-mana prosiding di bawah Bahagian VI,
Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana lanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

(2) Gambar –
(a) mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau
(b) mana-mana orang, tempat atau benda lain yang mungkin membolehkan dikenalpasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian.
Tidak boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.
(4) mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Mohon rakan-rakan guru berhati-hati dalam berkongsi maklumat yang diperolehi daripada media sosial agar kita tidak menjadi mangsa keadaan.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers