Monday, 9 May 2016

Pengalaman Cikgu: Luahan Murid Dalam Karangan "Keluarga Saya" Buat Gurunya Sayu...

Sekadar foto hiasan
Seorang guru berkongsi hasil nukilan karangan anak muridnya di laman Facebook. Bukan tujuan untuk memalukannya, tetapi pengajaran yang terdapat di dalam karangan tersebut benar-benar menyentuh jiwa nya.

Jom baca nukilan anak didiknya ini.

Keluarga Saya

Saya tinggal bersama-sama ibu. Ayah pula sibuk dengan kerjanya di Segamat, Johor. Ayah pulang ke rumah selama 3 hari kemudian beliau kan pulang ke tempat kerjanya selama 1 minggu.

Saya juga tinggal bersama-sama adik-beradik saya. Saya dan kakak perlu menjaga adik-beradik sekiranya ibu pulang lambat. Adik-adik suka buat bising di rumah. Kadangkala mereka sering bergaduh sesama sendiri. Kakak memarahi mereka kemudian mereka saling memaafkan.

Setiap hari saya akan ke tusyen pada waktu malam. Kerja sekolah banyak. Saya sering dipanggil cikgu kerana adik tidak siap kerja sekolah.

Satu keluarga saya sibuk. Saya berharap agar keluarga kami akan meluangkan masa bersama.
Itulah realiti kehidupan yang diterjemahkan di dalam karangan seorang murid sekolah rendah. Moga dapat di ambil iktibar kita sebagai guru dan juga ibu bapa.

Sumber: FB Era Cahaya


EmoticonEmoticon

Google+ Followers