Friday, 6 May 2016

Pengalaman Cikgu: Kisah RM 0.30 Yang Menyentuh Hati...

Gambar Hiasan (Sumber :http://skgelugor.blogspot.my)
Semua guru pasti mempunyai pengalaman mereka tersendiri bersama pelbagai kerenah murid.

Kisah RM0.30 ini benar-benar memberi pengajaran kepada guru itu sendiri. Jom ikuti pengalaman beliau...

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?

Amin: Mak saya beri 30 sen sehari Cikgu ... kat kantin 30 sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30 sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu).

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2016 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya...

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya?

Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin, cikgu. Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca... Saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lagi...

Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada di dlm kemiskinan.

Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 30 sen yg diberi utk makan, dia sedekahkan 30 sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin...

Mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah....

Subahanallah...Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni... Mulia dan bijak berbelanja pulak tu...

Terharu dan merasa bangga jugak sebab masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yg sungguh matang ...........

Disunting daripada FB Eternity Purple Love


EmoticonEmoticon

Google+ Followers