Wednesday, 18 May 2016

Panduan Mengisi Borang Keberhasilan PBPPP 2016 Pengetua, Guru Besar & Guru


Musim Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah bermula. Berikut kami kongsikan beberapa cadangan untuk mengisi dan menetapkan perkara-perkara yang akan dinilai oleh Pegawai Penilai di dalam borang Keberhasilan.

Penilaian komponen Keberhasilan akan digunakan untuk tujuan:
  1. Penilaian keberhasilan bagi PBPPP
  2. Mencatat sasaran kerja
  3. Mengirasa sasaran kerja yang melebihi jumlah yang disasarkan
  4. Keperluan-keperluan lain KPM
Asas penilaian kompenen Keberhasilan:

1. Menilai Peningkatan Sasaran
  • Sebarang bentuk kemajuan dan perkembangan pengetahuan/kemahiran/ hasil kerja/ nilai/ amalan dan tingkah laku berdasarkan peningkatan sasaran.
2. Menilai Pencapaian Sasaran
  • Kejayaan kerja yang telah ditetapkan hendaklah berdasarkan pencapaian sasaran
3. Menilai Usaha Yang Dilaksanakan
  • Amalan kerja yang dilakukan ke arah keberhasilan berdasarkan penilaian profesional (profesional judgement)
Wajaran untuk komponen Keberhasilan
  • Wajaran penilaian keberhasilan adalah 10%
  • Atasa saranan JPA, peratus keberhasilan akan ditingkatkan secara berperingkat
Borang Komponen Keberhasilan


Di atas merupakan borang untuk komponen keberhasilan. Borang ini boleh di dalam bentuk Excel berformula untuk memudahkan Pegawai Penilai memasukkan markah. Borang ini juga boleh dimuat naik daripada laman e-Prestasi atau klik sahaja di SINI.

Carta Alir Prosedur Penilaian Keberhasilan



Contoh Komponen Keberhasilan Yang Diisi (GURU PdP)

Contoh Komponen Keberhasilan Yang Diisi (Pengetua/Guru Besar)



Nota: Untuk Pengetua dan Guru Besar, keberhasilan, minimum sasaran kerja yang perlu diisi adalah lima (5). Pilihlah sasaran yang mudah dinilai dan dicapai. 

Semua dokumen rujukan boleh dimuat turun di laman web e-prestasi

Google+ Followers