Friday, 27 May 2016

Kisah Sebenar Cikgu Indrany Menanda Kertas Di Hospital Akhirnya Dirungkai

PETALING JAYA: Cikgu N.Indrany sepatutnya berehat di atas katil di Hospital Besar Ipoh, Perak, sebaliknya beliau yang berpengalaman mengajar lebih 30 tahun memilih untuk melaksana tugasnya sebagai seorang guru.

Ketika diwadkan di hospital, Indrany sibuk menyemak kertas-kertas peperiksaan anak muridnya.

Seorang netizen, Khairuddin Hj Md Isa dalam laman Facebooknya berkongsi gambar Cikgu Indrany yang ketika itu sedang memeriksa kertas peperiksaan.

“Ziarah Ibu Mertua di Hospital Besar Ipoh, di sebelah katilnya melihat seorang guru tekun dengan menanda kertas jawapan pelajar. Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok.

jobs from my.neuvoo.com
“Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil. Saya dan isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut.

“Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru,” tulisnya.

Dalam pada itu, usaha FMT menghubungi anak Cikgu Indrany, Lavanya Gopalan mendapati beliau sedang dirawat kerana sakit lelah dan pneumonia.

“Kadar oksigen dalam darahnya rendah dan dia memakai tiub oksigen untuk meningkatkan kandungan oksigen. Walaupun begitu, ia tidak menghalangnya daripada memeriksa kertas soalan sekolahnya.

“Ibu memang seorang guru yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya. Itulah sikap dia sejak bergelar guru dan ia juga telah memberikan semangat kepada saya untuk menjadi guru dan mengikut jejak langkahnya,” kata Lavanya.

Indrani seorang pesara dari sebuah sekolah Tamil di Ipoh dan kini mengajar bahasa Tamil (POL) di sebuah sekolah menengah di bandar raya yang sama.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers