Thursday, 26 May 2016

Isu Latihan Tepuk Tangan, JPN Terengganu Akhirnya Buat Kenyataan

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Terengganu tampil memberi penjelasan berhubung arahan latihan tepuk tangan kepada guru dan pelajar yang menjadi viral di media sosial.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin memaklumkan arahan itu selaras dengan slogan memperkasakan transformasi pendidikan.

Antara perkara yang terkandung di dalam transformasi pendidikan tersebut termasuk memperkasakan budaya menghormati.

Baca juga: Saya ‘bergurau saja’ suruh guru latih tepuk tangan, kata MB Terengganu

"Di bawah elemen ini, kami memperkenalkan budaya salam, budaya berterima kasih, budaya memberi penghargaan kepada sesiapa yang memberi sesuatu kepada kita dengan memberi tepukan.

"Apa yang saya minta cikgu lakukan hanya satu permintaan dalam kumpulan tertutup antara saya, pengetua dan guru besar. Permintaan untuk bertepuk tangan merupakan satu cara menceriakan sesuatu majlis rasmi.

"Saya amat kagum dengan apa yang berlaku di Terengganu kerana sekolah terus mengaplikasikan kepada murid."

Isu ini timbul apabila arahan Shafruddin melalui aplikasi WhatsApp meminta guru besar dan pengetua mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam kenyataan kepada sebuah portal berita memaklumkan arahan latihan tepuk tangan itu hanya satu gurauan.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers