Friday, 20 May 2016

"Hina sangatkah kerja jadi cleaner ni cikgu?"

Memberikan contoh ketika PdP berlangsung adalah tugas guru. Memberi contoh untuk meningkatkan motivasi guru juga adalah tugas guru.

Satu cerita yang dikongsikan oleh Raja Kamarhisham Raja Kamarudin boleh dijadikan iktibar kita sebagai guru dalam menyampaikan sesuatu di dalam kelas.

Tadi terbaca status kawan satu sekolah Cik Siti Comel (Fatima Az-zahra) yang share kisah cikgu dg48 yg mngutuk bekas kawan sekolahnya yang cuma sorg misi (jururrawat).

Saya nak kongsi pulak kisah seorang cikgu sama sekolah saya (tak pasti dia ni dg44 or dg48) yang perasan dia bagus daripada orang lain.

Kisahnya begini: Pada satu petang di awal tahun ini, saya masuk tandas cikgu lelaki dan terperasan ianya super bersih dan siap.

Ada pokok-pokok hiasan di antara sinki-sinki. Apbila saya keluar, saya terus puji cleaner yang saya kenal selalu bersihkan tandas cikgu-cikgu.

Dia senyum hambar sahaja. saya pun hairan. Kemudian dia mula bersuara, "Hina sangat ke kerja cleaner ni cikgu?"

"Tak" saya kata. "Kenapa Ina (cleaner tersebut) cakap begitu?" 


"Cikgu, patut ke sorang cikgu nak bagi motivasi kepada pelajarnya, cakap kalau kamu malas belajar nanti, lepas sekolah tak ada kerja, kena jadi cleaner? Kena pulak dalam kelas tu ada seorang budak yang emaknya cleaner," Terang dia panjang lebar.

"Cikgu lelaki ke cikgu pompuan yang cakap gitu?" Saya tanya balik sambil meneka, itu pasti cikgu pompuan.

"Cikgu pompuan. cikgu baru, bukan cikgu lama. Saya kenal nama cikgu-cikgu lama, cikgu ni saya tak kenai." 


Saya terus buat deduktif thinking siapa cikgu pompuan yg baru. Beberapa wajah muncul.

Tetapi, sampai saat kisah ni saya tulis saya  tidak penah tanya atau bangkitkn kisah ni kepada sesiapa pun.

"Cikgu, Kak Timah (bukan nama sebenar) tu, anak dia doktor pun ada sorang. Tak patut sangat cikgu kutuk kerja kami," sambung Ina.

 Saya cuma anggukkan kepala sambil berjanji akan tegur perbuatan cikgu tu dalam refleksi mingguan tapi saya belum tunaikan lg janji saya pada Ina itu smpai sekarang.

Moral of the story, betullah tok nenek kita dulu pesan, cakap siang pandang-pandang...

Semoga kita berhati-hati di dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran masing...

Disunting semula daripada cetakan skrin dibawah







EmoticonEmoticon

Google+ Followers