Saturday, 28 May 2016

Guru PJ bongkar sumbang mahram keluarga murid waktu Pendidikan Kesihatan

Gambar hiasan
Pengakuan Guru Pendidikan Jasmani dalam sebuah lama 'confession' benar-benar menyentap perasaan insan yang bergelar guru dan juga ibu bapa.

Walaupun admin juga berpengalaman bertemu dengan murid-murid sebegini, tetapi tidaklah sampai sumbang mahram.

Jom ikuti kisah beliau:

Aku seorang pendidik disebuah sekolah rendah. bergelar seorang pendidik pada anak2 kecil memang sgt mencabar. aku terpanggil nak share satu dua kisah untuk dijadikan renungan bersama.

haritu aku tengah mengajar subjek pendidikan kesihatan. topik yg berkenaan anggota badan termasuklah alat sulit yg perlu dijaga kebersihannya. Lepas dah habis explain, aku bagi la latihan. tetibe ada sorang murid lelaki, kecik molek approach aku. Dia kelihatan takut2 dan akhirnya slow2 cakap,

murid A: cikgu! haritu sy sentuh XXX si B (perempuan). pastu sy cium mulut dia. kalau ikut cikgu cakap, kita tak boleh sentuh yg orang sesuka hati. saya salah lah eh?

cikgu: hah?!! (speechless 5 seconds). awak cium dia dah kenapa? kenapa awak sentuh dia punya?? (emo dah time ni)

murid A: saya geram tengok XX dia.

aku dah berdebar teruk time ni. gila ke apa budak darjah dua nak geram2!!

cikgu: jap… bagi saya fikir. kenapa awak geram dengan dia? awak dah kenapa? kan tak baik buat orang mcm tu… dia marahkan?

murid A: tak. dia lagi suka. saya buat mcm dalam movie tu. mcm abg sy buat dkt kakak…

cikgu: Astagfirullahalazimmm… awak tgk movie apaaa?? abg dgn kakak awak buat apa?

murid A: ala…movie yg tak pakai baju tu. yg cium2 tu. abg dgn kakak buat masa mak takde kat rumah dlm bilik. sy igtkan boleh. tapi bila cikgu cakap tak boleh sentuh, saya jadi pelik…

cikgu: …………. (mata berair) ya Allah…

aku cuba mengawal keadaan agar situasi tu takde murid lain yang perasan. kesian budak tu kalau kawan2 dia tahu.

jobs from my.neuvoo.com
sungguh. tak terkata aku waktu tu. polos gila muka budak tu. menunjukkan dia sendiri tak faham apa yg dia buat. aku nasihatkan budak tu yg benda tu salah. tgk movie orang tak pakai baju tu salah. berdosa. aku cakap lagi yang sentuh orang lain punya tak kira laki ke perempuan ke salah. benda tu semuanya salah. aku terangkan bagi dia faham. sebab nak eplain benda ni dekat budak darjah DUA bukan satu benda mudah. aku nak marah pun, benda ni bukan totally his mistake. Allahu.

lepas tu satu kelas kena tazkirah dengan cikgu pasal agama. dan sejak pada tu, setiap kali sebelum mula kelas, aku akan bagi tazkirah sampai ada budak yg label aku as ustazah.

dan kisah diatas bukan hanya satu2 nya gejala sosial yg terjadi. kes pelajar tahun 3 berzina dengan pelajar tahun 5 berkali-kali. dan sampai sekarang pelajar2 tu masih ada disekolah. disebabkan parents tidak mahu bekerjasama membuatkan kes ini tidak boleh dibawa ketengah. dan aku sebagai cikgu hanya mampu mendoakan.

dan ada kes pelajar perempuan yang menjadi mangsa haruan makan anak. dan si anak dengan polosnya mengatakan ayahnya hanya 'mengurut'nya!! Allahu. naifnya seorang kanak2 yang tidak mengerti. hanya setelah diterangkan pasal seks bebas, dia dengan termanggu datang memberi tahu yang ayahnya sering memperlakukannya sedemikian. dan pihak sekolah terus melaporkan kepada polis dan dia diserahkan pada pasukan perubatan utk diperiksa. dan ya Allah! memang terbukti apa yg dikatakan memang benar. dan aku sebagai cikgu terus mengalirkan air mata dan terasa loser disebabkan tidak mampu berbuat apa2.

ini hanya secebis kisah diantara seribu kisah yang aku lalui sebagai seorang pendidik. buka mata. masyarakat kita benar2 sakit. dan sekali lagi aku tegaskan benda ini berlaku di sekolah rendah. ya sekolah rendah tuan2, puan2.

masyarakat. bantulah kami para guru dalam mendidik. doakan kami sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam perjuangan membentuk anak bangsa yang baik pencapaiannya, yang indah akhlaknya. amin

Sumber: IIUM Confession

Semoga menjadi iktibar kepada semua pengujung web ini...


EmoticonEmoticon

Google+ Followers