Monday, 30 May 2016

Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas Untuk Guru Bertukar

Garis panduan penyediaan Nota Serah Tugas ini disediakan bagi memberi panduan untuk membantu Pihak Pengurusan dan agensi-agensi dibawah termasuk Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah menyediakan Nota Serah Tugas yang seragam dan sesuai mengikut format yang digunakan oleh semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

LATAR BELAKANG

Pertukaran, naik pangkat dan penamatan perkhidmatan adalah lumrah kepada Perkhidmatan Awam. Setiap pegawai dan kakitangan kerajaan akan melalui proses ini dan ianya adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk kakitangan yang berkebolehan disetiap skim perkhidmatan masing-masing.

Setiap tugas yang ditinggalkan akan diteruskan oleh penganti, proses peralihan tugas dan maklumat ini kadangkala menimbulkan masalah kerana butiran tugas dan kerja belum selesai dan rujukan yang tidak jelas.

Masalah yang berlaku sebelum ini adalah kerana tiada contoh atau format yang seragam yang boleh digunakan di peringkat Jabatan. Selain itu, terdapat juga pegawai-pegawai yang bertukar tidak menyediakan Nota Serah Tugas kerana garis panduan yang terdapat di dalam pekeliling tidak dipatuhi.

Setiap proses pertukaran, naik pangkat, atau penamatan perkhidmatan pegawai perlu disertakan dengan Nota Serah Tugas yang sesuai dan selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

MUAT TURUN:



jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers