Monday, 9 May 2016

Cuti Jaga Anak Sambung Selepas Bersalin VS Cuti Jaga Anak Tidak Terikat Cuti Bersalin


Terdapat dua keadaan di mana penjawat awam wanita yang berkahwin dan mempunyai anak untuk memohon dan menikmati keistimewaan bercuti.

Ianya berlaku apabila seseorang penjawat awam ini memilih untuk bercuti bagi menjaga anak di bawah jagaannya.

Cuti ini boleh dikategorikan kepada dua:
  1. Cuti Jaga Anak Selepas Bersalin
  2. Cuti Jaga Anak Tetapi Tidak Terikat Cuti Bersalin

KELAYAKAN CUTI JAGA ANAK BERSAMBUNG SELEPAS BERSALIN


 KELAYAKAN CUTI JAGA ANAK TIDAK TERIKAT DENGAN CUTI BERSALIN
Untuk maklumat lanjut, tuan puan boleh muat turun dokumen yang disediakan JPA di pautan bawah ini:
**************************************************************
SOALAN LAZIM CUTI MENJAGA ANAK
**************************************************************

Puan A telah berkahwin dengan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun 7 bulan yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. Anak tiri pegawai telah ditimpa kemalangan dan beliau bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak untuk menjaga anak tiri?

Jawapan: Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun 7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk kepada syarat satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang terdahulu:

Perkiraan  

5 Bulan x 365 hari =12 Bulan = 152 hari

Puan B telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi tujuan menjaga anak tiri tanggungan. Dalam tempoh sedang bercuti menjaga anak, pegawai telah bercerai dengan suami beliau. Bolehkah pegawai meneruskan Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan?

Jawapan: Pegawai tidak layak untuk meneruskan baki Cuti Menjaga Anak kerana tidak lagi memenuhi tafsiran anak tiri tanggungan yang tinggal bersama pegawai selepas perceraian tersebut.

Puan C telah mengambil Cuti Menjaga Anak selama 200 hari bagi tujuan menjaga anak angkat yang sakit. Pada hari ke 150, anak angkat pegawai meninggal dunia. Adakah pegawai masih boleh meneruskan Cuti Menjaga Anak sehingga 200 hari yang telah diluluskan?

Jawapan: Tidak. Berdasarkan perenggan 11 (vi) PP 5/2014, pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan.

Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak selama 200 hari (2007), 450 hari (2010) dan 650 hari (2012). Pada tahun 2015, pegawai akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakan pegawai layak?

Jawapan: Pegawai layak baki kemudahan Cuti Menjaga Anak 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga Anak adalah seperti yang berikut:

Jumlah Kelayakan Cuti: 1,825 hari Menjaga Anak

(tolak) Cuti Menjaga Anak 2007: 200 hari (anak pertama)

(tolak) Cuti Menjaga Anak 2010: 450 hari (anak kedua)

(tolak) Cuti Menjaga Anak 2012: 650 hari (anak ketiga)

Baki Cuti Menjaga Anak pada 2015 (anak keempat): * 525 hari

*Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin kelayakan terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan keseluruhan 525 hari.

Puan N mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 60 hari dan tidak pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebelum ini. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin?

Jawapan: Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin, terhad sehingga 1,825 hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh.

Puan S, Pembantu Makmal hanya mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari dan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. Disebabkan Cuti Menjaga Anak merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai bercadang untuk menghabiskan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan diikuti dengan Cuti Rehat dan seterusnya Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin?

Jawapan: Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin kerana telah menggunakan kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin, terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari.

Puan F, seorang guru akan melahirkan anaknya yang kelapan semasa penggal sekolah. Pegawai tidak mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 900 hari pada tahun 2009. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus?

Jawapan: Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki sebanyak 925 hari dengan pengiraan seperti berikut:

Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang = 1,825 hari

bersambung dengan Cuti Bersalin (tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak 2009 = 900 hari

Baki Cuti Menjaga Anak yang bersambung = *925 hari dengan Cuti Bersalin

* Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk kepada keperluan.

Puan R telah menggunakan kelayakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan Cuti Bersalin sebanyak 630 hari. Selepas kembali bertugas selama 1 tahun, pembantu rumah beliau telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Beliau berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pada ketika itu, anak beliau berumur 3 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak berikat dengan tempoh Cuti Bersalin?

Jawapan : Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari (1 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan.

Puan F, PPP Gred DG48 berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 360 hari untuk menjaga anaknya yang sakit. Namun demikian, memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak ini merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai risau ia akan menjejaskan kelayakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974. Adakah pegawai masih layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974 selepas menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak?

Jawapan: Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C Tahun 1974 memandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah PP 5/2014 tidak menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974. Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemudahan yang berbeza.

Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 150 hari bagi anaknya yang kedua. Selepas kembali bertugas selama 6 bulan, anaknya dimasukkan ke hospital. Pegawai juga telah habis menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 1974. Adakah pegawai layak menggunakan baki Kemudahan Cuti Menjaga Anak?

Jawapan: Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 215 hari dengan pengiraan seperti berikut:

Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang : 365 hari

tidak terikat dengan Cuti Bersalin (tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak telah diambil : 150 hari

Baki Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin : 215 hari

Puan K telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak130 hari meskipun pegawai masih di dalam tempoh percubaan. Apakah status tempoh percubaan pegawai?

Jawapan: Tempoh percubaan pegawai dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers