Tuesday, 24 May 2016

Carta Ramadhan Untuk Bantu Latih Anak Berpuasa

CARTA RAMADHAN ini sesuai untuk 9-12 tahun.

Pada usia ini mereka mampu untuk berpuasa. Galakkan mereka menjalankan ibadah lain seperti Tarawih and membaca Al-Quran. Pada masa yg sama, pastikan solat Fardhu tidak ditinggalkan.

Arahan:
  • Klik kanan dan “save as” imej ke komputer anda.
  • Print atas kertas bersaiz A4 yang agak tebal (80gm ke atas)
  • Galakkan anak-anak untuk mengisi setiap kotak.
  • Beri pujian atau ganjaran bila mereka berjaya memenuhi setiap kotak.

CARTA RAMADHAN ADIK ini pula sesuai untuk melatih anak-anak 5-8 tahun berpuasa. Galakkan mereka mewarna kotak mengikut setiap jam yg mereka mampu berpuasa.

Pada usia ini, mereka masih berlatih untuk berpuasa, jadi setiap kotak melambangkan “kejayaan” mereka berpuasa :)

Galakkan mereka untuk mewarna kotak-kotak mengikut jam mereka mampu berpuasa. Puji mereka jika mereka boleh menambahkan kotak-kotak warna tersebut dengan berpuasa lebih setiap hari.

Boleh juga diberi hadiah mengikut berapa banyak kotak yang diwarnakan.

Arahan:
  • Klik kanan dan “save as” imej ke komputer anda.
  • Print atas kertas bersaiz A4 yang agak tebal (80gm ke atas)
  • Galakkan anak-anak untuk mewarna setiap kotak.
  • Beri pujian atau ganjaran bila mereka berjaya memenuhi setiap kotak.
Sumber: Alimkids.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers