Monday, 9 May 2016

Buku Perkhidmatan Kerajaan: Sebagai Penjawat Awam, Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan amat penting bagi setiap penjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Dokumen tersebut perlu sentiasa dikemaskini dan setiap maklumat yang dicatat di dalamnya hendaklah dipastikan lengkap dan tepat. Kegagalan pihak yang bertanggugjawab untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pemilik buku tersebut menghadapi banyak kesulitan apabila bertukar jawatan, membuat persaraan pilihan ataupun bersara wajib.
Kementerian Pendidikan banyak menerima aduan dan rungutan daripada guru-guru dan staf sokongan yang menyatakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan yang tidak diurus dengan sempurna. Di antara kesilapan-kesilapan nyata yang terdapat di dalam Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan adalah seperti berikut:

  • Ejaan nama yang berbeza daripada ejaan nama di dalam Kad Pengenalan.
  • Nombor Kad Pengenalan yang berbeza daripada nombor Kad Pengenalan yang dimiliki.
  • Tarikh mula perlantikan dalam perkhidmatan kerajaan tidak dicatat.
  • Tarikh kenaikan dan tangga pergerakan gaji tidak dicatat dengan tepat.
  • Butiran maklumat yang ditulis dengan tangan sukar dibaca oleh orang lain.
  • Kehilangan maklumat akibat daripada helaian terkoyak atau hilang.

Dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil 9/1999 ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, sekolah atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengurus dan menyimpan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan pegawai dan staf sokongan hendaklah mempastikan bahawa maklumat yang terkandung dalam buku rekod tersebut sentiasa kemaskini.

Semua maklumat yang dicatatkan ke dalam dokumen tersebut hendaklah dilakukan dengan cermat, jelas dan betul. Dari semasa ke semasa semakan hendaklah dibuat supaya tindakan memperbetulkan mana-mana kesilapan dapat dilakukan. Semua Buku Perkhidmatan Kerajaan juga hendaklah disimpan dengan baik dan di tempat yang selamat.


Download:


******************************************************
SOALAN LAZIM BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN
******************************************************

BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK)

1. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya BPK belum diterima oleh pihak pentadbiran tempat bertugas baru seseorang pegawai?

Jawapan: Pihak pentadbiran baru perlulah menghubungi pejabat lama pegawai.

2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya didapati ejaan nama di BPK adalah berbeza daripada Kad Pengenalan?

Jawapan: Pegawai perlu memohon kelulusan BPSM untuk pindaan nama tersebut melalui pihak pentadbiran sekolah.

3. Bagaimanakah dengan BPK bagi pegawai yang telah bersara/ meninggal dunia?

Jawapan: BPK pegawai berkenaan hendaklah disimpan di tempat di mana pegawai terakhir bertugas.

4. Sekiranya seseorang pegawai telah mengambil cuti rehat secara berlebihan, perlukah cuti berkenaan direkodkan ke dalam BPK?

Jawapan: Ya, semua cuti rehat yang diambil oleh seseorang pegawai hendaklah direkodkan

5. Adakah Cuti Tanpa Rekod perlu direkodkan ke dalam BPK?

Jawapan: Ya, catatkan tarikh, jumlah hari dan jenis Cuti Tanpa Rekod yang telah diluluskan.

6. Seseorang pegawai dikenakan tindakan secara pentadbiran/ teguran secara lisan, perlukah dicatatkan ke dalam BPK?

Jawapan: Tidak, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Tatatertib sahaja perlu dicatatkan

7. Bolehkah seseorang pegawai menyemak jumlah sebenar Gantian Cuti Rehat (GCR) yang telah dikumpulkan bagi faedah persaraan melalui BPK?

Jawapan: Ya, boleh disemak melalui BPK.

8. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat kesilapan dari segi rekod Kenyataan Cuti?

Jawapan: Pegawai perlu mengemukakan maklumat (Penyata Cuti Tahunan) yang sah bagi pindaan maklumat.






EmoticonEmoticon

Google+ Followers