Friday, 20 May 2016

Bonus Raya Untuk Penjawat Awam, Guru di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Kira-kira 4,000 orang kakitangan awam di Pulau Pinang akan menerima bonus minimum RM700 sebelum sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa ‘bantuan kewangan khas’ tersebut adalah sebagai ganjaran terhadap kecemerlangan perkhidmatan dalam kerajaan.

“Ekoran peningkatan inflasi dan kenaikan kos sarab hidup akibat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan negeri telah bersetuju untuk menawarkan bonus 3/4 daripada gaji atau minimum RM700 kepada 4,178 kakitangan awam di Pulau Pinang,” kata Lim.

Beliau juga menegaskan, bonus itu juga akan turut disampaikan kepada guru-guru sekolah di negeri itu.

Lim menambah, 2,581 guru dari sekolah-sekolah agama Islam dan tadika pula akan menerima wang bantuan bernilai RM200 hingga RM300.

Ini termasuk 522 guru dan kakitangan sekolah-sekolah persendirian Cina.

Beliau berkata jumlah terkumpul yang diperuntukkan bagi pemberian bonus dan bantuan pada tahun ini mencecah anggaran RM7.95 juta.

Pada tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang turut menyampaikan bonus yang sama melibatkan RM5.22 juta


EmoticonEmoticon

Google+ Followers