Wednesday, 18 May 2016

Apabila Aktivti Hari Guru Diperlekeh Insan "Intelek" Sebagai Badut Sarkas


Hari guru baru sahaja berlalu. Pelbagai ragam dan celoteh, gaya guru yang pelbagai dapat dilihat di media-media sosial. Semua dengan satu tujuan, meraikan hari yang penuh bermakna untuk insan bergelar guru.

Namun begitu, tidak semua yang berpendapat sedemikian. Malah ada yang beranggapan, aktiviti hari guru yang penuh warna-warni ini satu idea yang kolot dan tidak sesuai dilakukan.

Kami menerima luahan daripada seorang guru. Beliau telah menghantar beberapa print skrin daripada laman Facebook seorang insan yang dianggap tinggi inteleknya. Maklumlah, mengajarnya di universiti, siapalah kita yang berada di sekolah.

Insan tersebut telah memuatnaik beberapa gambar yang memaparkan aktiviti hari guru di sekolah yang menyaksikan guru-guru berkenaan membuat persembahan dengan berpakaian uniform murid sekolah.

Bagi beliau, tindakan tersebut mencerminkan guru-guru ini berfikiran terkebelakang, memalukan profesion perguruan itu sendiri.

Beberapa insan juga menyokong dengan kenyataan insan berkenaan. Dan tetap ada yang mempertahankan tindakan guru-guru berkenaan.


Tinjauan kami selepas itu ke laman Facebook insan berkenaan, namun sudah tiada lagi posting di atas. Tetapi digantikan pula dengan posting yang terbaru, dan masih berkisarkan mengenai sambutan hari guru.


Hari Guru merupakan hari istimewa untuk para guru. Tidak timbul isu merendahkan martabat seorang guru untuk menggayakan pelbagai fesyen dan gaya pada hari tersebut. Kebitaraan sesebuah sekolah, kemenjadian seorang murid tidak pernah diukur dengan apa yang terjadi pada hari guru.

Tanpa guru...tiada juga Pensyarah Phd.

Google+ Followers