Friday, 20 May 2016

Anak Remaja Sering Keluar Malam, Mengapa? Apa Puncanya?

Sumber foto hiasan: www.free-east.com.tw
Pendidikan awal anak bermula dari rumah. Ya, semua orang tahu. Bagaimana pula ia berlaku? Adakah kaedah yang kita gunakan betul terutama ibu bapa yang memiliki anak yang meningkat remaja?

Jom ikuti tips daripada Dr. Shukri bagaimana mengelakkan anak remaja keluar waktu malam:

Malam ... Anak Mesti Di Rumah.

-- Mula2 ibubapa bawa anak bersama main rollerblade (RB) waktu malam 

(Sedihnya termasuk malam esoknya sekolah)
-- Dah besar sikit, dah biasa sikit, anak keluar main RB bersama kawan tanpa ditemani ibubapa.
-- Dah biasa selalu buat gitu lama2 keluar malam bermain RB tanpa minta kebenaran ibubapa. Si ayah, si emak pula berkata dalam hati "keluar main RB le tu" ... langsung tiada kerisauan.
-- Apabila semakin besar anak pula keluar sendiri pada waktu malam ke rumah kawan katanya. Untuk diskusi akademik katanya. Untuk bincang kerja sekolah katanya.
-- Lama-lama semakin jadi kebiasaan keluar ke rumah kawan untuk tonton video, untuk main game, untuk saja-saja.
-- Kini dah masuk sekolah Menengah
-- Kini sudah Tingkatan 3
-- Kini sudah biasa sangat keluar malam
-- Kini keluar malam sudah jadi perkara lazim.
Lebih parah anak diberikan motor !!

Ibubapa mula merungut:


La ... tak lekat kat rumah langsung.
Amboih ... lambat lepa ada peluang keluar rumah.
Ya lah ... takkan hampir tiap2 malam
Issh issh issh ... kekadang jam 12 malam baru balik. Pi mana ?

Lama-kelamaan anak diluar kawalan.


Pada ketika itu:
-- segala leteran
-- setiap teguran
-- marah ke
-- nak hukum ke ...
Sudah terlambat.
Salah siapa ?
ANAK ? .... NO. NO. NO, Nahi nahi nahiiiii
KAWAN ANAK ? ... JUGA TIDAK

SALAH IBUBAPA sebab


Merekalah yang dari kecil ajar anak keluar malam.
Merekalah yang dari kecil biasakan anak keluar malam.
Merekalah yang sejak kecil tidak ada peraruran keluar-masuk rumah.
Mereka hanya bising setelah keadaan luar kawalan.

Mak Ayah,
Bantu anak. Didik anak. Bimbing anak.
Sejak pra-sekolah.
Hingga umur sekolah rendah.
Bila sekolah menengah pantau dari dekat.
InSyaAllah anak terkawal.
Anak terpelihara.

NAMUN SEMUA ITU mesti disempadankan oleh SOLAT.
SOLAT. SOLAT. SOLAT.
InSyaAllah berjaya


EmoticonEmoticon

Google+ Followers